Terkini
Malaysia gesa NAM pertahan pendirian berprinsip mengenai isu Palestin
Malaysia menggesa negara-negara anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) untuk terus bersatu dalam mempertahankan pendirian berprinsip NAM mengenai Palestin, serta mengecam kekejaman dan dasar aparteid rejim Israel.

- Malaysia gesa negara-negara anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) terus bersatu mempertahankan pendirian berprinsip NAM mengenai Palestin, serta mengecam kekejaman dan dasar aparteid rejim Israel.
- Ini adalah antara isu dibangkitkan Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam kenyataan Malaysia pada Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Menteri NAM Mengenai Palestin yang diadakan di Baku, Azerbaijan pada Rabu, menurut kenyataan Kementerian Luar.
- “Malaysia turut menzahirkan kebimbangan terhadap situasi semasa di Palestin, sehingga menyebabkan kehilangan nyawa orang ramai termasuk wanita dan kanak-kanak serta kemusnahan bangunan dan infrastruktur secara berterusan.
- “Ia juga mengecam jumlah peningkatan penempatan haram di Palestin dan tindakan rejim Israel yang memperlekehkan undang-undang antarabangsa termasuk undang-undang kemanusiaan serta hak asasi manusia,” menurut kenyataan itu.
- Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Azerbaijan dan dihadiri oleh 15 negara anggota NAM yang merupakan anggota Jawatankuasa NAM Mengenai Palestin.
PUTRAJAYA, 6 Julai (Bernama) — Malaysia menggesa negara-negara anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) untuk terus bersatu dalam mempertahankan pendirian berprinsip NAM mengenai Palestin, serta mengecam kekejaman dan dasar aparteid rejim Israel.
Ini adalah antara isu dibangkitkan Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam kenyataan Malaysia pada Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Menteri NAM Mengenai Palestin yang diadakan di Baku, Azerbaijan pada Rabu, menurut kenyataan Kementerian Luar.
“Malaysia turut menzahirkan kebimbangan terhadap situasi semasa di Palestin, sehingga menyebabkan kehilangan nyawa orang ramai termasuk wanita dan kanak-kanak serta kemusnahan bangunan dan infrastruktur secara berterusan.
“Ia juga mengecam jumlah peningkatan penempatan haram di Palestin dan tindakan rejim Israel yang memperlekehkan undang-undang antarabangsa termasuk undang-undang kemanusiaan serta hak asasi manusia,” menurut kenyataan itu.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Azerbaijan dan dihadiri oleh 15 negara anggota NAM yang merupakan anggota Jawatankuasa NAM Mengenai Palestin.
Menurut kenyataan itu, Malaysia mengesali insiden terkini di Jenin yang melibatkan pembunuhan rakyat awam Palestin oleh rejim Israel.
Selain itu, ia turut mengkritik sikap pilih kasih negara-negara Barat yang kerap mengecam konflik di negara-negara lain tetapi melindungi rejim Israel daripada bertanggungjawab ke atas tindakan penindasan terhadap warga Palestin.
“Pendirian Malaysia masih kekal sama iaitu memperakui hak Palestin dan rakyatnya untuk memiliki negara mereka sendiri yang merdeka dan berdaulat sama seperti negara merdeka yang lain di dunia,” menurut kenyataan itu. — BERNAMA
Sumber: Bernama
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas