Connect with us

Terkini

Mahkamah terkhilaf benar guna bahasa Cina, Tamil di sekolah vernakular – Peguam

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini didakwa telah terkhilaf dalam memutuskan penggunaan bahasa Cina dan Tamil di sekolah vernakular adalah sah serta berperlembagaan.

Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah terkhilaf benar guna bahasa Cina, Tamil di sekolah vernakular – Peguam
Foto: Mohamed Haniff Khatri Abdullah (kiri) mengatakan sesuatu kepada NGO-NGO Islam yang hadir pendengaran rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di Mahkamah Rayuan Putrajaya, Istana Kehakiman, semalam.
  • Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini didakwa telah terkhilaf dalam memutuskan penggunaan bahasa Cina dan Tamil di sekolah vernakular adalah sah serta berperlembagaan.
  • Mahkamah didakwa terkhilaf daripada segi fakta kerana memutuskan sekolah vernakular atau Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil bukan pihak berkuasa awam (Public Authorities) kerana tidak memenuhi elemen awam.
  • Sebaliknya hujah peguam mewakili beberapa perayu, Mohamed Haniff Khatri bahawa Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali terkhilaf apabila memutuskan penggunaaan kedua-dua bahasa itu dilindungi di bawah Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan.
  • Kata Mohamed Haniff, sekolah vernakular diwajibkan menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium pengantara pengajaran dan pembelajaran.
  • Mohamed Haniff berkata, apabila Parlimen sendiri tidak mempunyai kuasa mengecualikan kewajipan berbahasa kebangsaan di bawah Perkara 152(1) maka sudah tentu ia juga tiada kuasa menurunkan perwakilan kepada menteri seperti  diperuntukkan mengikut Seksyen 17 dan 28 Akta Pendidikan 1996.

PUTRAJAYA – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini didakwa telah terkhilaf dalam memutuskan penggunaan bahasa Cina dan Tamil di sekolah vernakular adalah sah serta berperlembagaan.

Mahkamah didakwa terkhilaf daripada segi fakta kerana memutuskan sekolah vernakular atau Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil bukan pihak berkuasa awam (Public Authorities) kerana tidak memenuhi elemen awam.

Sebaliknya hujah peguam mewakili beberapa perayu, Mohamed Haniff Khatri bahawa Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali terkhilaf apabila memutuskan penggunaaan kedua-dua bahasa itu dilindungi di bawah Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Kata Mohamed Haniff, sekolah vernakular diwajibkan menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium pengantara pengajaran dan pembelajaran.

Ketika berhujah, peguam itu juga menggunakan contoh penghakiman dalam kes Mohammad Syawwaal Mohammad Nizar lawan Kerajaan Malaysia yang mana kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar adalah jelas, penting serta tidak boleh disangkal.

Jelasnya, melalui Seksyen 17 dan 28 Akta Pendidikan 1996, Parlimen memberikan kuasa kepada menteri untuk menubuhkan SJK Cina dan Tamil dan pihaknya berpendapat Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk memberi kuasa berkenaan.

“Jika kita teliti struktur ayat dan bahasa digunakan dalam Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan, Parlimen hanya diberi kuasa menentukan bentuk tulisan namun tidak diberi kuasa lebih daripada itu lagi-lagi kuasa untuk mengecualikan penggunaan bahasa kebangsaan, ini jelas melanggar peruntukan di bawah Perkara 152,” hujahnya dalam rayuan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung keabsahan sekolah vernakular.

Justeru, Mohamed Haniff berkata, apabila Parlimen sendiri tidak mempunyai kuasa mengecualikan kewajipan berbahasa kebangsaan di bawah Perkara 152(1) maka sudah tentu ia juga tiada kuasa menurunkan perwakilan kepada menteri seperti  diperuntukkan mengikut Seksyen 17 dan 28 Akta Pendidikan 1996.

Oleh yang demikian, peguam itu memohon Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan beberapa NGO berhubung keabsahan sekolah vernakular, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negara ini.

Untuk makluman, para perayu kes yang terdiri daripada Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim), Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena) dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).

Prosiding itu turut melibatkan rayuan kumpulan Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (i-Guru) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 29 Mei 2022.

Pihak-pihak itu memohon mendapatkan deklarasi kewujudan sekolah berkenaan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Rayuan semalam didengar di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Supang Lian yang bersidang bersama-sama Datuk M. Gunalan dan Datuk Azizul Azmi Adnan.

Mahkamah kemudian menetapkan esok bagi pengurusan kes  menentukan tarikh pendengaran rayuan akan datang.

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending