Connect with us

Antarabangsa

Lelaki dakwa jadi mangsa cabul ibu kandung, selepas lapan tahun dilapor ‘hilang’

Seorang lelaki yang ditemui selepas dilaporkan hilang oleh ibunya lapan tahun lalu mendakwa bahawa dia dikurung oleh wanita itu di rumah mereka.

Wartawan TMT

Published

on

Lelaki dakwa jadi mangsa cabul ibu kandung, selepas lapan tahun dilapor ‘hilang’
Foto: Poster 'Orang Hilang' milik Farias (kiri) dan Farias menutupi badannya dengan selimut ketika diiringi Quantell (kanan).
  • Seorang lelaki ditemui selepas dilaporkan hilang oleh ibunya lapan tahun lalu mendakwa dia dikurung wanita itu di rumah mereka.
  • Mangsa berkata, ibunya turut memberi dadah dan menderanya secara seksual selama tempoh itu.
  • Portal berita MailOnline melaporkan penemuan Rudy Farias, 25, dalam keadaan kusut masai di luar sebuah gereja di Houston, Texas pada minggu lalu. 
  • Janie melaporkan kehilangan Farias pada 2015 ketika mangsa berusia 17 tahun, tetapi jiran mereka mendakwa remaja lelaki itu tidak hilang dan kerap melihatnya di rumah. 
  • Farias mendakwa bahawa dia ditemui polis selepas mencuri kereta ibunya untuk melarikan diri. Quanell berkata, lelaki itu membawa kad kredit ibunya yang dikeluarkan dua tahun lalu.
  • “Jadi, jika dia hilang selama lapan tahun, bagaimana dia boleh membawa kad kredit itu di dalam poketnya?” kata Quanell sambil menambah bahawa kes itu masih dalam siasatan. 

WASHINGTON – Seorang lelaki yang ditemui selepas dilaporkan hilang oleh ibunya lapan tahun lalu mendakwa bahawa dia dikurung oleh wanita itu di rumah mereka.

Mangsa berkata, ibunya turut memberi dadah dan menderanya secara seksual selama tempoh itu.

Portal berita MailOnline melaporkan penemuan Rudy Farias, 25, dalam keadaan kusut masai di luar sebuah gereja di Houston, Texas pada minggu lalu. 

Ibunya, Janie Santana berkata, adalah satu keajaiban apabila anak lelakinya yang hilang ditemui semula tetapi memberitahu bahawa dia ‘tidak boleh bercakap’.

Kes itu bertukar aneh apabila Farias menuduh ibunya menahan dirinya di rumah dengan dia diperlakukan, seperti hamba. Wanita itu dikatakan memberinya ubat khayal.

Janie melaporkan kehilangan Farias pada 2015 ketika mangsa berusia 17 tahun, tetapi jiran mereka mendakwa bahawa remaja lelaki itu tidak hilang dan kerap melihatnya di rumah. 

Semasa kehilangan Farias, ibunya memberitahu polis bahawa dia mengalami kemurungan dan gangguan stres pascatrauma (PTSD) sejak saudara lelakinya meninggal dunia dalam kemalangan motosikal pada 2011.

Advertisement

Bapa Farias yang merupakan seorang pegawai polis Houston, Rudolph Farias III meninggal dunia akibat bunuh diri pada 2014. 

Farias dan ibunya bertemu dengan polis Houston kelmarin (Selasa). Bagaimanapun, Farias dilihat menyembunyikan mukanya di dalam selimut ketika diiring keluar dari sebuah hotel oleh seorang kaunselor, Quanell X.

Quanell yang hadir semasa pertemuan dua beranak itu sebagai orang tengah antara keluarga dan polis berkata, Farias meminta untuk bercakap dengannya secara tertutup.

Farias mendakwa bahawa dia ditemui polis selepas mencuri kereta ibunya untuk melarikan diri. Quanell berkata, lelaki itu membawa kad kredit ibunya yang dikeluarkan dua tahun lalu.

“Jadi, jika dia hilang selama lapan tahun, bagaimana dia boleh membawa kad kredit itu di dalam poketnya?” kata Quanell sambil menambah bahawa kes itu masih dalam siasatan. 

Sumber: Kosmo

Advertisement

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending