Connect with us

Antarabangsa

Layanan buruk pelarian Afghanistan di AS

Rakyat Afghanistan yang melarikan diri untuk mencari perlindungan dari keadaan ekonomi dan kemanusiaan yang semakin merosot kini merana di pusat tahanan Amerika Syarikat (AS), setelah memasuki negara itu secara tidak teratur.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Layanan buruk pelarian Afghanistan di AS
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Rakyat Afghanistan yang melarikan diri untuk mencari perlindungan dari keadaan ekonomi dan kemanusiaan yang semakin merosot kini merana di pusat tahanan Amerika Syarikat (AS), setelah memasuki negara itu secara tidak teratur.
  • Pusat tahanan imigresen itu yang penuh sesak, dirasai seperti rumah penjara. Ini kerana terdapat lebih daripada 100 orang tahanan yang ditempatkan dalam satu bilik yang hanya mampu memuatkan kurang daripada 20 orang.
  • Beribu-ribu rakyat Afghanistan yang memasuki negara itu kini mendapati diri mereka terperangkap dalam sistem tahanan imigresen AS dan berdepan dengan kemungkinan diusir dari negara itu.
  • Ada di antara tahanan ini yang telah menghabiskan enam bulan di pusat tahanan itu, mereka terperangkap dalam pusat tahanan yang menanti lebih ramai pendatang dan pencari suaka Afghanistan di sempadan AS-Mexico selepas Taliban mengambil alih negara mereka.

KABUL – Rakyat Afghanistan yang melarikan diri untuk mencari perlindungan dari keadaan ekonomi dan kemanusiaan yang semakin merosot kini merana di pusat tahanan Amerika Syarikat (AS), setelah memasuki negara itu secara tidak teratur.

Pusat tahanan imigresen itu yang penuh sesak, dirasai seperti rumah penjara. Ini kerana terdapat lebih daripada 100 orang tahanan yang ditempatkan dalam satu bilik yang hanya mampu memuatkan kurang daripada 20 orang.

Beribu-ribu rakyat Afghanistan yang memasuki negara itu kini mendapati diri mereka terperangkap dalam sistem tahanan imigresen AS dan berdepan dengan kemungkinan diusir dari negara itu.

Ada di antara tahanan ini yang telah menghabiskan enam bulan di pusat tahanan itu, mereka terperangkap dalam pusat tahanan yang menanti lebih ramai pendatang dan pencari suaka Afghanistan di sempadan AS-Mexico selepas Taliban mengambil alih negara mereka.

Pada mulanya, apabila kerajaan yang disokong AS di Afghanistan tumbang pada Ogos 2021, hampir 90,000 warga Afghanistan dibawa ke AS melalui mekanisme yang dikenali sebagai parol kemanusiaan dalam usaha yang dipanggil Operation Allies Welcome.

Tetapi dengan sistem imigresen AS yang tidak sempurna dan dasar sempadan tertutup terhadap sekutu mereka sendiri, ia menimbulkan banyak kebimbangan kepada mereka yang kini berada dalam pusat tahanan di AS dan di Afghanistan.

Kumpulan diaspora Afghans yang berpangkalan di AS ternyata kecewa melihat Amerika Syarikat meninggalkan tanggungjawab moralnya untuk menyediakan perlindungan kepada mereka. Tambahnya lagi, AS bertanggungjawab atas kemudaratan yang ditimbulkannya di Afghanistan.

Sumber: Samudera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *