Connect with us

Terkini

KWSP pertimbang pengeluaran bulanan usia 55 sebagai mandatori

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak menolak kemungkinan untuk mempertimbangkan menjadikan pilihan pengeluaran secara berkala atau bulanan apabila mencecah usia persaraan 55 tahun yang ketika ini adalah secara sukarela kepada mandatori bagi ahli baharu pada masa depan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

KWSP pertimbang pengeluaran bulanan usia 55 sebagai mandatori
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak menolak kemungkinan untuk mempertimbangkan menjadikan pilihan pengeluaran secara berkala atau bulanan apabila mencecah usia persaraan 55 tahun yang ketika ini adalah secara sukarela kepada mandatori bagi ahli baharu pada masa depan.
  • Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata pengeluaran secara berkala itu dilihat mampu memberi peluang kepada ahlinya menguruskan wang persaraan dengan lebih baik.
  • Beliau berkata, pengeluaran berkala atau secara bulanan itu juga memberi peluang kepada ahlinya terus menikmati dividen tahunan dengan baki simpanan yang ada.
  • Katanya, ketika ini, pengeluaran secara bulanan itu adalah dibuat secara sukarela dan menuju ke depan pihaknya boleh melihat sama ada untuk menjadikannya secara mandatori bagi ahli baharu.
  • Tegasnya, pelaksanaan secara mandatori itu memerlukan kajian yang lebih teliti dan perbincangan lanjut dengan kerajaan.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak menolak kemungkinan untuk mempertimbangkan menjadikan pilihan pengeluaran secara berkala atau bulanan apabila mencecah usia persaraan 55 tahun yang ketika ini adalah secara sukarela kepada mandatori bagi ahli baharu pada masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata pengeluaran secara berkala itu dilihat mampu memberi peluang kepada ahlinya menguruskan wang persaraan dengan lebih baik.

Beliau berkata, pengeluaran berkala atau secara bulanan itu juga memberi peluang kepada ahlinya terus menikmati dividen tahunan dengan baki simpanan yang ada.

Katanya, ketika ini, pengeluaran secara bulanan itu adalah dibuat secara sukarela dan menuju ke depan pihaknya boleh melihat sama ada untuk menjadikannya secara mandatori bagi ahli baharu.

Namun, tegasnya, pelaksanaan secara mandatori itu memerlukan kajian yang lebih teliti dan perbincangan lanjut dengan kerajaan.

“Buat masa sekarang, fokus kami menggalakkan ahli membuat tabungan di bawah skim yang ada. Kita sememangnya memberi pilihan pengeluaran kepada ahli KWSP yang sudah mencecah usia persaraan 55 tahun untuk sama ada pengeluaran penuh atau sebahagian.

“Namun, ahli yang memilih pengeluaran secara bulanan masih tidak ramai dan ini adalah ruang untuk kami perlu promosi dengan lebih lagi,” katanya ketika ditemui pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2023 di sini, semalam.

Sehingga Mac 2023, KWSP merekodkan pendaftaran ahli baharu sebanyak 116,423, menjadikan jumlah ahli KWSP seramai 15.8 juta.

Daripada jumlah itu, seramai 8.45 juta adalah ahli aktif, yang kini mewakili 50 peratus daripada 16.81 juta tenaga buruh Malaysia.

Pendaftaran majikan baharu juga menunjukkan pertumbuhan kukuh sebanyak 24,281 dalam tempoh itu, menjadikan jumlah majikan yang berdaftar dengan KWSP kepada 595,730.

Jumlah caruman yang diterima meningkat daripada RM21.55 bilion pada suku pertama 2022 kepada RM25.83 bilion pada suku pertama 2023, caruman suku tahunan tertinggi setakat ini yang melepasi angka prapandemik.

Aset pelaburan keseluruhan KWSP setakat Mac 2023 meningkat kepada RM1.04 trilion, dengan pelaburan luar negara menyumbang 37 peratus daripada keseluruhan jumlah aset.

Sumber: Berita Harian

Author