Connect with us

Terkini

Kerajaan ubah pendekatan perangi dadah – Azalina

Intervensi perubatan, rawatan, dan rehabilitasi akan dijadikan tumpuan dalam usaha kerajaan menukar pendekatan menangani isu kebergantungan dadah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan ubah pendekatan perangi dadah - Azalina
Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said.
  • Intervensi perubatan, rawatan, dan rehabilitasi akan dijadikan tumpuan dalam usaha kerajaan menukar pendekatan menangani isu kebergantungan dadah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.
  • Beliau berkata, penting bagi undang-undang dan agensi penguatkuasaan seiring dengan perkembangan semasa, terutamanya berkaitan dengan kemajuan dalam pembuatan dadah sintetik yang canggih dan kaedah penyalahgunaannya.
  • Katanya, undang-undang dadah Malaysia dianggap ketinggalan memandangkan ia digubal pada 1950-an.
  • “Pada ketika ini, budi bicara kehakiman adalah sangat penting dalam menangani penjenayah dadah berasingan daripada penagih dadah dan bagi penagih dadah, perlakuan secara individu seperti sama ada individu tersebut adalah pengguna pertama, dan lain-lain perlu diambil kira,” kata Azalina Othman Said.
  • Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri sedang mengkaji mewujudkan sebuah majlis hukuman bagi meneliti semua hukuman jenayah termasuk hukuman berkaitan dadah.
  • Penilaian juga dibuat untuk pindaan Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 bagi menggalakkan rehabilitasi berasaskan komuniti, dan bukan penjara bagi pesalah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan kebawah, terutama bagi pesalah kali pertama.

PETALING JAYA: Intervensi perubatan, rawatan, dan rehabilitasi akan dijadikan tumpuan dalam usaha kerajaan menukar pendekatan menangani isu kebergantungan dadah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.

Beliau berkata, penting bagi undang-undang dan agensi penguatkuasaan seiring dengan perkembangan semasa, terutamanya berkaitan dengan kemajuan dalam pembuatan dadah sintetik yang canggih dan kaedah penyalahgunaannya.

Katanya, undang-undang dadah Malaysia dianggap ketinggalan memandangkan ia digubal pada 1950-an.

“Pada ketika ini, budi bicara kehakiman adalah sangat penting dalam menangani penjenayah dadah berasingan daripada penagih dadah dan bagi penagih dadah, perlakuan secara individu seperti sama ada individu tersebut adalah pengguna pertama, dan lain-lain perlu diambil kira.

“Budi bicara kehakiman juga penting dalam memperkenalkan pilihan rehabilitasi bukannya hukuman yang menekankan hukuman semata-mata,” katanya dalam kenyataan.

Azalina berkata, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri sedang mengkaji mewujudkan sebuah majlis hukuman bagi meneliti semua hukuman jenayah termasuk hukuman berkaitan dadah.

Ia termasuk menyediakan garis panduan dan pengurangan hukuman penjara dan menggalakkan hukuman rehabilitasi dan hukuman restoratif dalam undang-undang jenayah.

Katanya, selain itu, penilaian juga dibuat untuk pindaan Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 bagi menggalakkan rehabilitasi berasaskan komuniti, dan bukan penjara bagi pesalah yang dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan kebawah, terutama bagi pesalah kali pertama.

Ini termasuk kesalahan dadah kecil yang menyumbang 63 peratus daripada banduan di Malaysia.

Azalina berharap dapat membentangkan hasil usaha itu melalui Kertas Kabinet secara bersama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi persidangan Parlimen pada penghujung tahun.

Pada Februari, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kerajaan dalam peringkat akhir memperkenalkan akta baharu melibatkan kaedah rawatan bagi menggantikan hukuman bagi kesalahan melibatkan dadah.

Sumber: Buletin TV3

Author