Antarabangsa
Islamofobia, rasisma terancang punca kekecohan di Perancis – Erdogan
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah mengeluarkan kenyataan bahawa siri rusuhan besar-besaran yang berlaku di Perancis baru-baru ini adalah kesan daripada “perkauman secara institusi”, “Islamofobia” dan sejarah kolonial Perancis.
- Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah mengeluarkan kenyataan bahawa siri rusuhan besar-besaran yang berlaku di Perancis baru-baru ini adalah kesan daripada “perkauman secara institusi”, “Islamofobia” dan sejarah kolonial Perancis.
- Ujarnya, “Terutamanya di negara-negara yang terkenal dengan sejarah kolonial mereka, perkauman dalam kebudayaan telah bertukar menjadi perkauman dalam institusi”.
- “Punca bagi kejadian yang berlaku di Perancis adalah binaan sosial yang dibina dengan mentaliti sebegini. Kebanyakan para imigran yang dihina dengan terpaksa hidup di setinggan, yang ditindas, adalah orang Islam” katanya.
- Beliau seterusnya menambah dengan menyatakan bahawa keganasan malangnya telah melahirkan keganasan lain dan mencetuskan kejadian-kejadian yang berlaku hari ini.
- Perancis telah digegarkan dengan siri protes dan rusuhan besar-besaran di seluruh negara yang mana ianya telah dicetuskan oleh insiden di mana seorang anggota polis telah menembak mati seorang remaja berusia 17 tahun pada Selasa lalu.
TURKIYE – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah mengeluarkan kenyataan bahawa siri rusuhan besar-besaran yang berlaku di Perancis baru-baru ini adalah kesan daripada “perkauman secara institusi”, “Islamofobia” dan sejarah kolonial Perancis.
Ujarnya, “Terutamanya di negara-negara yang terkenal dengan sejarah kolonial mereka, perkauman dalam kebudayaan telah bertukar menjadi perkauman dalam institusi”.
Kenyataan Erdogan tersebut telah disiarkan oleh rangkaian media negara tersebut iaitu Haberturk.
“Punca bagi kejadian yang berlaku di Perancis adalah binaan sosial yang dibina dengan mentaliti sebegini. Kebanyakan para imigran yang dihina dengan terpaksa hidup di setinggan, yang ditindas, adalah orang Islam” katanya.
Beliau seterusnya menambah dengan menyatakan bahawa keganasan malangnya telah melahirkan keganasan lain dan mencetuskan kejadian-kejadian yang berlaku hari ini.
Erdogan seterusnya telah memberi amaran kepada pihak berkuasa Perancis dengan menyatakan bahawa jalanan tidak boleh menjadi cara untuk mendapatkan keadilan, namun adalah jelas bahawa pihak berkuasa juga sepatutnya mengambil pengajaran daripada letusan sosial yang berlaku.
Perancis telah digegarkan dengan siri protes dan rusuhan besar-besaran di seluruh negara yang mana ianya telah dicetuskan oleh insiden di mana seorang anggota polis telah menembak mati seorang remaja berusia 17 tahun pada Selasa lalu.
Sumber: Samudera