Connect with us

Antarabangsa

Ibu bapa bimbang acara ‘mesra keluarga’ dikelola aktivis trans pro-pedofilia

Seorang ibu di Ireland didatangi polis setelah menyatakan kebimbangannya berkenaan kandungan ucapan dan penceramah di acara ‘mesra keluarga’ dihadirinya, antara lain menyentuh isu sosial dan perubatan bagi kanak-kanak memilih menukar jantina.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ibu bapa bimbang acara ‘mesra keluarga’ dikelola aktivis trans pro-pedofilia
Foto: Majlis “TENI & Tea” yang dianjurkan dengan sokongan Majlis Daerah Donegal, Ireland.
  • Seorang ibu di Ireland didatangi polis setelah menyatakan kebimbangannya berkenaan kandungan ucapan dan penceramah di acara ‘mesra keluarga’ dihadirinya, antara lain menyentuh isu sosial dan perubatan bagi kanak-kanak memilih menukar jantina.
  • Acara dinamakan “TENI & Tea” itu dianjurkan dengan sokongan Majlis Daerah Donegal, Ireland.
  • Acara pada 19 Julai lalu itu menampilkan ketua organisasi trans terbesar di Ireland, Tara Hewitt yang mengetuai perbincangan berkenaan peralihan perubatan dan sosial kanak-kanak.
  • Ramai yang bimbang dengan kehadiran Tara yang turut menandatangani deklarasi menyeru pembebasan banduan yang mengenal pasti diri mereka sebagai trans, termasuk pedofilia, supaya dikeluarkan dari penjara.

Seorang ibu di Ireland didatangi polis setelah menyatakan kebimbangannya berkenaan kandungan ucapan dan penceramah di acara ‘mesra keluarga’ dihadirinya, antara lain menyentuh isu sosial dan perubatan bagi kanak-kanak memilih menukar jantina.

Acara dinamakan “TENI & Tea” itu dianjurkan dengan sokongan Majlis Daerah Donegal, Ireland.

Foto: Tangkap layar ciapan di Twitter @eyre_ann

Acara pada 19 Julai lalu itu menampilkan ketua organisasi trans terbesar di Ireland, Tara Hewitt yang mengetuai perbincangan berkenaan peralihan perubatan dan sosial kanak-kanak.

Portal Reduxx melaporkan insiden itu membimbangkan penyokong hak wanita lebih-lebih lagi dalam kalangan mereka yang mengambil berat melindungi kanak-kanak kerana acara itu dilabelkan ‘mesra keluarga’.

Ramai juga mendakwa Tara mempunyai sejarah membimbangkan dalam penentangannya terhadap usaha melindungi kanak-kanak.

Dia juga menandatangani deklarasi menyeru pembebasan banduan yang mengenal pasti diri mereka sebagai trans, termasuk pedofilia, supaya dikeluarkan dari penjara.

Jennifer Kimmel, seorang pejuang hak wanita tempatan menegaskan Tara, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Trans Equality Network Ireland (TENI), turut mengaku dirinya ahli fetish BDSM.

Jennifer mempersoalkan motif penganjur acara, Bród na Gaeltachta dan TENI kerana menyasarkan kanak-kanak bawah umur serta “memfitnah” ibu bapa prihatin terhadap anak-anak mereka.

“Mana-mana individu atau kumpulan yang berniat baik tidak akan memburukkan ibu bapa, mengelirukan orang ramai dan percaya diri mereka tak boleh dipersalahkan. Ini ‘red flag’ (petanda amaran) yang sangat jelas,” kata Jennifer.

Sumber: Reduxx

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *