Connect with us

Antarabangsa

Buat ‘konten’ makan babi baca bismillah, pempengaruh media sosial Indonesia ditahan polis

Pempengaruh media sosial di Indonesia, Lina Mukherjee ditahan oleh pihak berkuasa berhubung memuat naik ‘konten’ makan keropok babi dengan baca bismillah sehingga mencetuskan kontroversi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Buat ‘konten’ makan babi baca bismillah, pempengaruh media sosial Indonesia ditahan polis
Foto: Pempengaruh media sosial di Indonesia, Lina Mukherje.
  • Pempengaruh media sosial di Indonesia, Lina Mukherjee ditahan oleh pihak berkuasa berhubung memuat naik ‘konten’ makan keropok babi dengan baca bismillah sehingga mencetuskan kontroversi.
  • Ketua Penyiasat, Pejabat Pendakwa Raya Sumatera Selatan, Fandi Hasibuan mengesahkan penahanan wanita itu di Pusat Tahanan Wanita di Palembang, bermula hari ini hingga 29 Julai depan.
  • Pada 15 Mei lalu, Ustaz M Syarif Hidayat membuat laporan polis di Pejabat Polis Wilayah Sumatera Selatan selepas mendakwa Lina mempersendakan agama dengan membuat ‘konten’ makan keropok babi yang diawali dengan Bismillah.
  • Sebelum ini, menerusi video yang tular, Lina juga mengaku sudah tiga kali makan makanan yang haram bagi umat Islam, dengan kali pertama di Sri Lanka.

JAKARTA: Pempengaruh media sosial di Indonesia, Lina Mukherjee ditahan oleh pihak berkuasa berhubung memuat naik ‘konten’ makan keropok babi dengan baca bismillah sehingga mencetuskan kontroversi.

Ketua Penyiasat, Pejabat Pendakwa Raya Sumatera Selatan, Fandi Hasibuan mengesahkan penahanan wanita itu di Pusat Tahanan Wanita di Palembang, bermula hari ini hingga 29 Julai depan.

“Kes Lina juga akan dipindahkan ke Mahkamah Negeri Palembang dalam masa terdekat.

“Lina juga tidak memohon sebarang penangguhan kerana surat waran sudah dikeluarkan oleh Penjara Wanita Palembang, hari ini,” katanya lapor Suara.com.

Pada 15 Mei lalu, Ustaz M Syarif Hidayat membuat laporan polis di Pejabat Polis Wilayah Sumatera Selatan selepas mendakwa Lina mempersendakan agama dengan membuat ‘konten’ makan keropok babi yang diawali dengan Bismillah.

Sebelum ini, menerusi video yang tular, Lina juga mengaku sudah tiga kali makan makanan yang haram bagi umat Islam, dengan kali pertama di Sri Lanka.

Jelasnya, ketika berada di negara itu, dia kononnya tidak tahu bahasa Inggeris ‘pork’ itu adalah khinzir.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *