Connect with us

Terkini

BNM dijangka kekalkan OPR 3.0 peratus pada mesyuarat Khamis ini – OCBC

OCBC Bank menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Khamis ini berikutan persekitaran momentum pertumbuhan yang perlahan serta mengurangkan tekanan inflasi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

BNM dijangka kekalkan OPR 3.0 peratus pada mesyuarat Khamis ini - OCBC
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • OCBC Bank menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Khamis ini berikutan persekitaran momentum pertumbuhan yang perlahan serta mengurangkan tekanan inflasi.
  • Dalam nota tinjauannya hari ini, bank tersebut berkata pendirian tersebut juga berdasarkan data aktiviti kemasukan yang kurang memberangsangkan sejak 3 Mei lepas apabila BNM membuat kejutan dengan kenaikan sebanyak 25 mata asas (bps) yang memaparkan momentum pertumbuhan lebih perlahan dalam suku kedua 2023 dan bagi membendung tekanan inflasi.
  • “Atas alasan itu, kami mengandaikan 70 peratus kemungkinan untuk BNM mengekalkan kadar OPR dalam mesyuarat itu serta kebarangkalian sebanyak 30 peratus membabitkan kenaikan 25 bps untuk kali kedua berturut-turut,” katanya.

KUALA LUMPUR — OCBC Bank menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Khamis ini berikutan persekitaran momentum pertumbuhan yang perlahan serta mengurangkan tekanan inflasi.

Dalam nota tinjauannya hari ini, bank tersebut berkata pendirian tersebut juga berdasarkan data aktiviti kemasukan yang kurang memberangsangkan sejak 3 Mei lepas apabila BNM membuat kejutan dengan kenaikan sebanyak 25 mata asas (bps) yang memaparkan momentum pertumbuhan lebih perlahan dalam suku kedua 2023 dan bagi membendung tekanan inflasi.

“Atas alasan itu, kami mengandaikan 70 peratus kemungkinan untuk BNM mengekalkan kadar OPR dalam mesyuarat itu serta kebarangkalian sebanyak 30 peratus membabitkan kenaikan 25 bps untuk kali kedua berturut-turut,” katanya.

OCBC berkata terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kenaikan itu.

Menurutnya, inflasi teras misalnya berkurangan berbanding inflasi keseluruhan namun hala tuju sedia ada menunjukkan tekanan inflasi berkenaan semakin mereda.

“Impak lebih besar terhadap inflasi itu berkemungkinan daripada subsidi bahan api bersasar yang masih dibincangkan sekarang.

“Berikutan itu, pada pandangan kami, risiko terhadap langkah tambahan mengetatkan dasar akan meningkat secara ketara jika tekanan inflasi terus meningkat akibat pelaksanaan subsidi bahan api bersasar,” katanya. 

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *