Terkini
Rakyat Malaysia dibebani hutang walaupun gaji berpatutan – BNM
Satu daripada tiga rakyat Malaysia merasa terbeban dengan hutang, walaupun kebanyakan daripada mereka tergolong dalam kalangan yang mempunyai pendapatan yang berpatutan.

- Satu daripada tiga rakyat Malaysia merasa terbeban dengan hutang, walaupun kebanyakan mereka tergolong dalam kalangan punyai pendapatan berpatutan.
- Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata, masalah ini berlaku kerana masih ramai bergelut masalah kewangan akibat pengurusan kewangan yang lemah sejak usia muda.
- Menurut beliau, Kaji Selidik Rangkuman dan Keupayaan Kewangan yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati tahap pengetahuan kewangan rakyat Malaysia meningkat dengan konsisten sejak tahun 2015.
- “Rakyat Malaysia masih bersikap ‘jangka pendek’ dalam pengurusan kewangan dan bersikap kurang endah dalam menguruskan risiko kewangan masing-masing termasuklah dalam menghadapi situasi yang tidak dijangka,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Celik Kewangan di Johor.
KUALA LUMPUR – Satu daripada tiga rakyat Malaysia merasa terbeban dengan hutang, walaupun kebanyakan daripada mereka tergolong dalam kalangan yang mempunyai pendapatan yang berpatutan.
Statistik Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) juga menunjukkan ramai yang terpaksa berhutang apabila memerlukan wang di waktu menghadapi kecemasan.
Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata, masalah ini berlaku kerana masih ramai yang telah bergelut dengan masalah kewangan akibat pengurusan kewangan yang lemah sejak usia muda.
Menurut beliau, Kaji Selidik Rangkuman dan Keupayaan Kewangan yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati tahap pengetahuan kewangan rakyat Malaysia meningkat dengan konsisten sejak tahun 2015.
Bagaimanapun, peningkatan pengetahuan dalam kalangan rakyat ini masih tidak seiring dengan sikap dan amalan pengurusan kewangan mereka.
“Rakyat Malaysia masih bersikap ‘jangka pendek’ dalam pengurusan kewangan dan bersikap kurang endah dalam menguruskan risiko kewangan masing-masing termasuklah dalam menghadapi situasi yang tidak dijangka,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Celik Kewangan di Johor.
Menurutnya, hampir separuh rakyat Malaysia sukar menyediakan RM1,000 bagi tujuan kecemasan.
Malah, satu daripada tiga rakyat negara tidak berminat untuk ambil tahu mengenai insurans dan takaful.
Kaji selidik yang dijalankan juga menunjukkan 37 peratus daripada rakyat Malaysia berkongsi kata laluan dan nombor pin mereka kepada keluarga dan rakan.
Dengan dapatan kajian tersebut, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (FEN) dengan diterajui empat ahlinya iaitu Kementerian Pendidikan Tinggi, BNM, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan AKPK – dan disokong oleh platform HRDCorp iaitu eLATIH, akan melaksanakan program pendidikan kewangan yang komprehensif mensasarkan golongan belia.
Program yang dikenali sebagai FEN PROAKTIF bakal melengkapkan belia dengan kemahiran pengurusan kewangan sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan dan meningkatkan lagi literasi kewangan digital.
Katanya, sembilan universiti telah tampil untuk menerajui inisiatif rintis ini.
“Insya-Allah, program ini diharap dapat dikembangkan kepada lebih banyak institusi pengajian tinggi serta institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) untuk menghasilkan generasi belia yang bijak mengurus kewangan pada masa hadapan.
“Sepanjang Oktober ini, FEN telah menjelajah ke seluruh negara dan mengadakan pelbagai program yang bertujuan untuk menyebarkan kesedaran dan pendidikan kepada semua lapisan umur, daripada golongan belia, profesional sehinggalah kepada warga emas,” ujar Abdul Rasheed.
FEN akan meneruskan momentum ini dan BNM juga sedang merangka mekanisma untuk industri kewangan bergerak dengan lebih strategik dan sistematik di bawah Financial Collective Outreach (FINCO) bagi mencapai impak yang lebih tinggi di peringkat sekolah dan komuniti luar bandar dari segi melatih guru-guru untuk menyampaikan pendidikan kewangan di sekolah secara lebih berkesan dan melaksanakan ukuran keberkesanan pencapaian program sekolah angkat yang dijalankan oleh industri.
Sumber: MalaysiaGazette
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas