Connect with us

Terkini

(VIDEO) Belia bukan Islam tidak setuju premis makanan tidak halal guna simbol muslim

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Belia bukan Islam menyifatkan isu pengusaha bukan Islam meletakkan papan tanda simbolik Islam di premis makanan yang tidak halal bagi menarik orang Muslim bakal merosakkan kepercayaan antara kaum di Malaysia.
  • Rata-rata belia yang ditemui menzahirkan rasa tidak setuju dan menyifatkan isu  tersebut tidak sepatutnya berlaku ke atas Muslim di negara ini.
  • “Meletakkan papan tanda seperti ini sangat tidak beretika, ia memang tidak beretika kerana menipu (orang Muslim), seperti menggunakan perkataan Al-Quran atau perkataan Islam untuk menarik pelanggan Muslim datang makan di kedai yang tidak halal itu,” ujar Jason.
  • Ini berdasarkan tinjauan The Merdeka Times (TMT) bersama golongan belia pelbagai bangsa yang ditemui di sekitar Wangsa Maju hari ini bagi mengulas mengenai isu peletakan papan tanda simbol Islam di kedai makan pengusaha bukan Islam yang tidak halal.

Foto: Pegawai perkhidmatan pelanggan, Raj

KUALA LUMPUR —  Belia bukan Islam menyifatkan isu pengusaha bukan Islam meletakkan papan tanda simbolik Islam di premis makanan yang tidak halal bagi menarik orang Muslim bakal merosakkan kepercayaan antara kaum di Malaysia.

Seorang pegawai perkhidmatan pelanggan, Raj, 24, menyatakan pengusaha bukan Islam yang melakukan perbuatan itu sepatutnya menghormati dan memahami setiap sensitiviti agama, kerana perkara itu merupakan pengetahuan asas bagi setiap manusia.

“Saya rasa kes seperti ini boleh merosakkan kepercayaan antara kaum, apabila kurangnya kes seperti ini berlaku, masalah kepercayaan antara agama akan berkurangan.

“Mereka hanya perlu menghormati setiap agama tanpa perlu memahami dengan mendalam tentang agama tersebut.” katanya kepada The Merdeka Times, di sini, hari ini.

Ini berdasarkan tinjauan The Merdeka Times (TMT) bersama golongan belia pelbagai bangsa yang ditemui di sekitar Wangsa Maju hari ini bagi mengulas mengenai isu peletakan papan tanda simbol Islam di kedai makan pengusaha bukan Islam yang tidak halal.

Rata-rata belia yang ditemui menzahirkan rasa tidak setuju dan menyifatkan isu tersebut tidak sepatutnya berlaku ke atas Muslim di negara ini.

Foto: Pelajar, Charmaine

Pelajar dari Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TARUMT), Charmaine, 22, menegaskan tindakan pengusaha bukan Islam memaparkan papan tanda simbol Islam di premis mereka semata-mata mahu menarik pelanggan Muslim amat tidak beretika dan tidak menghormati orang Islam.

“Amat tidak menghormati orang Muslim.

“Mereka tidak boleh makan di situ namun kedai tersebut cuba menarik perhatian mereka dengan meletakkan papan tanda seperti itu.

“Ia adalah tindakan yang sangat tidak baik,” katanya.

Foto: Pelajar, Jason

Pandangan yang sama turut diluahkan belia bukan Islam berbangsa Cina, Jason, 21, yang menyatakan tindakan tersebut menipu orang Islam dengan meletakkan perkataan simbolik Islam seperti ayat Al-Quran di premis makanan yang tidak halal.

“Meletakkan papan tanda seperti ini sangat tidak beretika kerana menipu orang Melayu, seperti menggunakan perkataan  Islam untuk menarik pelanggan Muslim datang makan di kedai yang tidak halal itu,” ujarnya.

Foto: Pelajar, Ziyi

Dalam pada itu, seorang remaja berbangsa Cina, Ziyi, 20, berkata, meletakkan papan tanda simbolik Islam di premis makanan yang tidak halal bukanlah teknik perniagaan yang baik untuk menarik pelanggan khususnya kepada orang Islam.

Ziyi berpandangan cara seperti itu tidak bermoral dan mahu menipu pelanggan demi menarik perhatian untuk hadir ke premis makanan mereka.

“Bukan cara yang bermoral dan menggunakan cara seperti ini untuk menarik pelanggan adalah satu tindakan yang menipu,” katanya.

Foto: Pelajar, Joan

Bagi Joan, 20, sekiranya premis tersebut dikategorikan bukan halal, pengusaha bukan Islam berkenaan sewajarnya jujur dengan tidak meletakkan papan tanda tersebut.

Katanya, pengusaha bukan Islam sememangnya tidak memikirkan soal menghormati sensitiviti beragama dan matlamat utama mereka hanyalah mahu mengaut lebih banyak keuntungan dan wang.

“Lebih baik jangan letak papan tanda itu, jika memang tidak halal, orang Islam ada agama yang perlu dihormati, jangan biar mereka melanggar kepercayaan mereka.

“Pengusaha bukan Islam kurang memikirkan soal menghormati hal ini (agama), matlamat utama mereka hanya untuk dapat lebih banyak wang dan keuntungan untuk perniagaan mereka,” kata Joan.

Foto: Pelajar, Mark Chye Wen Soon

Manakala rakannya, Mark Chye Wen Soon, 20, menzahirkan rasa terkejut apabila mendengar wujudnya perlakuan tersebut dan merasakan ia satu tindakan yang tidak baik ke atas orang Islam.

“Saya amat terkejut, dan perkara ini tidak baik untuk orang Islam,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh mendedahkan terdapat pengusaha bukan Islam yang memaparkan ayat al-Quran, lambang masjid, Kaabah, atau menggunakan nama Islam seperti ‘berkat’ dan sebagainya di premis mereka.

Fuziah Salleh menegaskan tindakan tersebut boleh dianggap melakukan kesalahan dari segi takrifan halal dan di bawah Akta Perihal Dagangan.

Beliau turut memaklumkan bahawa lebih 800,000 operasi pemeriksaan telah dijalankan sepanjang tahun ini, dan RM140,500 kompaun telah dikeluarkan terhadap pihak yang terlibat.

“Jika didapati bersalah menggunakan logo halal palsu atau tanpa mendapatkan sijil halal sah, individu boleh dikenakan denda RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-dua sekali.

“Bagi syarikat, hukuman denda maksimum adalah RM200,000 untuk kesalahan pertama dan sehingga RM500,000 untuk kesalahan berikutnya,” jelas Fuziah di Dewan Negara pada Rabu. — The Merdeka Times

 

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *