Terkini
(VIDEO) Apakah faktor majoriti doktor lebih pilih berkhidmat di sektor swasta?
Pendapatan tidak terbatas melebihi tiga kali ganda gaji di hospital awam antara ‘pulling factor’ kenapa ramai doktor atau pakar perubatan memilih berkhidmat di hospital swasta.
- Pendapatan tidak terbatas melebihi tiga kali ganda gaji di hospital awam antara ‘pulling factor’ kenapa ramai doktor atau pakar perubatan pilih berkhidmat di hospital swasta.
- Menurut pakar bedah ortopedik, Dr Mahyuddin Mohamed, gaji pakar di hospital swasta adalah lebih tinggi sekitar RM30 ribu berbanding gaji pokok di hospital awam yang tidak sampai RM10 ribu.
- Antara faktor lain adalah doktor di klinik swasta menjadi ‘bos’ di tempat kerja kerana mereka tidak menerima arahan daripada kementerian atau pakar.
- Katanya, di hospital kerajaan doktor berdepan kesibukan melampau dan pesakit amat ramai belum lagi apabila harga barangan dan perkhidmatan meningkat selain isu ketidakmampuan serta tiada kesedaran untuk membeli insurans.
- Situasi sebegini menyebabkan ramai masyarakat bergantung dengan hospital dan klinik kerajaan hingga akhirnya tempoh menunggu menjadi lama, termasuk menunggu untuk sesi pembedahan atau berjumpa doktor.
- “Ada banyak don’ts yang mengekang apa boleh dilakukan oleh penjawat awam. Etika berpakaian, hierarki perkhidmatan, pelbagai arahan dan larangan, gag orders semuanya pushing factors bagi sesetengah MO & Pakar,” kata Dr Mahyuddin.
KUALA LUMPUR — Pendapatan tidak terbatas melebihi tiga kali ganda gaji di hospital awam antara ‘pulling factor’ kenapa ramai doktor atau pakar perubatan memilih berkhidmat di hospital swasta.
Menurut pakar bedah ortopedik, Dr Mahyuddin Mohamed, gaji pakar di hospital swasta adalah lebih tinggi sekitar RM30 ribu berbanding gaji pokok di hospital awam yang tidak sampai RM10 ribu.
“Suasana kerja di hospital swasta secara umumnya lebih kurang crowded. Jika sibuk dengan pesakit pun, ia akan berkadar terus dengan pendapatan yang akan diperoleh. The more you do, the more you get,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.
Dr Mahyuddin berkata antara faktor lain adalah doktor di klinik swasta menjadi ‘bos’ di tempat kerjanya kerana mereka tidak menerima arahan daripada kementerian atau pakar.
“Tiada lagi Oncall 8 hingga 10 kali sebulan. Mungkin ada yang sampai 15 hari sebulan sekarang ini di sesetengah tempat,” katanya berkongsi perkara itu selepas kehilangan dua pegawai perubatan tetap yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam tempoh enam bulan.
Dalam pada itu, beliau turut mengemukakan beberapa ‘pushing factors’ menyebabkan doktor atau pakar tidak berkhidmat di hospital awam.
Katanya, di hospital kerajaan doktor berdepan kesibukan melampau dan pesakit amat ramai belum lagi apabila harga barangan dan perkhidmatan meningkat selain isu ketidakmampuan serta tiada kesedaran untuk membeli insurans.
Beliau berkata situasi sebegini menyebabkan ramai masyarakat bergantung dengan hospital dan klinik kerajaan hingga akhirnya tempoh menunggu menjadi lama, termasuk menunggu untuk sesi pembedahan atau berjumpa doktor.
“Ini common sense. Memang akan lama la bila pesakit ramai. Setiap pesakit perlu tengok dengan teliti dan berhikmah. Etika dan bahasa kena jaga. Bila lama menunggu ramai yang hilang sabar. Kadangkala doktor pun kena sindir. Yang kena marah pun ada. Sabar je la.
“Anda fikir kami suka ke klinik habis lambat atau pesakit kena duduk lama dalam wad. Kami lagi suka wad kami kosong. Sikap orang awam sebegini amatlah tidak membantu, malah lagi menyebabkan ramai doktor akan berhijrah ke sektor swasta.
“Tambah doktor? Ya, semua orang pun tahu kena tambah doktor. Tapi tak semudah tu nak tambah,” katanya.
Dr Mahyuddin menjelaskan untuk menghasilkan seorang doktor memerlukan tujuh hingga lapan tahun selepas menjalani Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) sebelum menjadi ‘houseman’ (doktor pelatih).
View this post on Instagram
Selepas dua tahun ‘housemanship’ baru doktor pelatih menjadi medical officer atau MO (pegawai perubatan) di mana ia memerlukan dua hingga tiga tahun pula untuk menjadi MO terlatih dalam setiap jabatan.
“Hakikatnya, doktor dalam negara memang semakin ramai dan mencapai ratio yang ditentukan tetapi, ramainya mereka di sektor swasta. Di sektor awam, doktor sentiasa tidak mencukupi apatah lagi dengan pembukaan lebih banyak hospital baharu,” katanya.
Beliau berkata di sektor awam setiap pakar dan MO terpaksa menganggotai pelbagai jawatankuasa dan mengikuti pelbagai mesyuarat.
Senario itu jika melibatkan pakar atau MO yang sekadar meminati kerja klinikal seperti melihat pesakit dan melakukan pembedahan pasti menyebabkan mereka turut terdorong meletak jawatan.
“Ada banyak don’ts yang mengekang apa boleh dilakukan oleh penjawat awam. Etika berpakaian, hierarki perkhidmatan, pelbagai arahan dan larangan, gag orders semuanya pushing factors bagi sesetengah MO & Pakar.
“Bagi sesetengah yang lain, mereka akan teruskan patuh ‘menjalankan amanah,’”katanya.
Dr Mahyuddin berkata antara faktor lain mendorong doktor enggan berkhidmat di sektor awam adalah arahan penempatan, pertukaran yang tidak dapat dikompromi dan dibincang atas dasar kepentingan perkhidmatan.
“Bagi pakar yang mempunyai kepakaran Subspecialty, beban kerja yang ditanggung sebenarnya agak besar.
“Terpaksa cover lebih daripada satu negeri dan travelling bagi melakukan pembedahan kompleks setiap bulan saya lihat agak meletihkan,” katanya turut menjelaskan doktor yang awalnya komited dengan perkhidmatan awam juga memilih keluar kerana situasi sebegini.
Beliau turut menegaskan agar tiada pihak membangkitkan soal berbakti kepada rakyat kerana doktor ini juga menyumbang kepada kemaslahatan rakyat Malaysia.
Itu belum lagi dihitung cukai pendapatan yang dibayar mereka setiap tahun, katanya. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Mahyuddin Mohamed