Antarabangsa
1,700 peneroka Yahudi berhaluan kanan serbu Masjid Al-Aqsa semalam
Kira-kira 1,700 peneroka Yahudi berhaluan kanan pada Khamis menyerbu Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur, demikian menurut seorang pegawai dari Wakaf Islam Baitulmaqdis.
- Kira-kira 1,700 peneroka Yahudi berhaluan kanan pada Khamis menyerbu Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur, demikian menurut seorang pegawai dari Wakaf Islam Baitulmaqdis.
- Menurut laporan Anadolu Agency, polis Israel mengenakan sekatan ke atas kemasukan orang Islam, manakala kira-kira 1,700 Yahudi fanatik diketuai Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir menyerbu Masjid al-Aqsa pagi semalam.
- Jurucakap Kementerian Luar Jordan, Sinan Al-Majali berkata serbuan ke atas Masjid Al-Aqsa merupakan “pelanggaran kesucian dan undang-undang antarabangsa”.
- Menyifatkan serbuan Ben Gvir sebagai langkah provokatif, beliau berkata pencabulan status quo sejarah dan undang-undang di Baitulmaqdis adalah “tidak boleh diterima”.
Kira-kira 1,700 peneroka Yahudi berhaluan kanan pada Khamis menyerbu Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur, demikian menurut seorang pegawai dari Wakaf Islam Baitulmaqdis.
Menurut laporan Anadolu Agency, polis Israel mengenakan sekatan ke atas kemasukan orang Islam, manakala kira-kira 1,700 Yahudi fanatik diketuai Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir menyerbu Masjid al-Aqsa pagi semalam.
Jordan, Palestin, Mesir dan Arab Saudi mengutuk penyerbuan Masjid Al-Aqsa oleh Ben-Gvir dan peneroka berhaluan kanan itu.
Jurucakap Kementerian Luar Jordan, Sinan Al-Majali berkata serbuan ke atas Masjid Al-Aqsa merupakan “pelanggaran kesucian dan undang-undang antarabangsa”.
Menyifatkan serbuan Ben Gvir sebagai langkah provokatif, beliau berkata pencabulan status quo sejarah dan undang-undang di Baitulmaqdis adalah “tidak boleh diterima”.
“Serangan Ben Gvir ke atas Masjid Al-Aqsa adalah tindakan provokatif. Ini adalah rancangan rasmi mereka untuk menyembunyikan agenda Yahudisasi dan secara paksa mengubah sejarah dan realiti undang-undang semasa,” kata Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Mesir berkata serangan berturut-turut ke atas Masjid Al-Aqsa dan percubaan untuk memecah-belahkannya tidak akan mengubah kedudukan undang-undang dan sejarahnya sebagai tempat ibadat Islam.
Kementerian itu menggesa rejim Israel menghentikan serta-merta tindakan provokatif dan tindakan sedemikian yang semakin meningkat hanya akan memburukkan keadaan di wilayah yang diduduki itu.
Kementerian Luar Arab Saudi, dalam satu kenyataan, turut mengecam tindakan menteri Israel dan sekumpulan peneroka menyerbu halaman Masjid Al-Aqsa.
Sumber: Anadolu Agency