Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Turkiye kecam peneroka haram Israel koyak al-Quran

Türkiye mengecam keras tindakan  peneroka haram Israel mengoyak kitab suci umat Islam, al-Quran di bandar Urif, Tebing Barat.

Wartawan TMT

Published

on

Turkiye kecam peneroka haram Israel koyak al-Quran
Foto: Rakaman CCTV menunjukkan peneroka haram Israel mengoyak kitab suci umat Islam, al-Quran di bandar Urif, Tebing Barat.
  • Türkiye mengecam keras tindakan  peneroka haram Israel mengoyak kitab suci umat Islam, al-Quran di bandar Urif, Tebing Barat.
  • “Kami mengharapkan pelaku jenayah kebencian yang melampau ini akan dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin,” kata Kementerian Luar Turkiye dalam kenyataan semalam.
  • Türkiye menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan terbaru di wilayah Palestin yang semakin meningkat sejak beberapa hari lepas.
  • Ia menegaskan bahawa rejim Israel tertakluk di bawah undang-undang antarabangsa untuk menghentikan peneroka haram yang berterusan menzalimi penduduk tempatan Palestin.

Türkiye mengecam keras tindakan peneroka haram Israel mengoyak kitab suci umat Islam, al-Quran di bandar Urif, Tebing Barat.

“Kami mengecam serangan yang dilakukan sekumpulan peneroka Yahudi ke atas kitab suci kami, al-Quran, dengan memasuki masjid di bandar Urif, yang terletak di wilayah Palestin di bawah penjajahan Israel,” kata Kementerian Luar Türkiye dalam kenyataan semalam.

“Kami mengharapkan pelaku jenayah kebencian yang melampau ini akan dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin,” kata kementerian itu dipetik TRT.

Türkiye turut menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan terbaru di wilayah Palestin yang semakin meningkat sejak beberapa hari lepas.

Kementerian luar Turkiye juga mengutuk sekeras-kerasnya serangan kumpulan peneroka haram dari pelbagai kawasan di sekitar Tebing Barat dan pembunuhan rancak orang awam Palestin oleh tentera Israel.

Ia menegaskan  Israel tertakluk di bawah undang-undang antarabangsa untuk menghentikan peneroka haram yang berterusan menzalimi penduduk tempatan Palestin.

Keselamatan dan perlindungan itu tidak juga terhad kepada penduduk tempatan Palestin tetapi juga pemeliharaan ke atas tempat ibadat, kediaman dan harta benda mereka.

Malah, usaha mencegah jenayah kebencian, termasuk perkara bermotifkan kebencian terhadap Islam adalah tanggungjawab rejim Israel untuk mengekangnya di bawah undang-undang antarabangsa.

Sumber: TRT World

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending