Antarabangsa
Tidak benarkan lelaki transgender jadi ahli, kumpulan advokasi lesbian dihalang sertai Perarakan Pride
Kumpulan advokasi lesbian bagi wanita di Perancis dikecualikan daripada perarakan Pride kerana tidak membenarkan lelaki transgender menjadi ahlinya.

- Kumpulan advokasi lesbian bagi wanita di Perancis dikecualikan daripada perarakan Pride kerana tidak membenarkan lelaki transgender menjadi ahlinya.
- Femmes Entre Elles dilabel “transphobik” kerana menyekat advokasinya terhad kepada isu dihadapi wanita.
- Femmes Entre Elles, yang diterjemahkan kepada “wanita di kalangan wanita” adalah persatuan jantina tunggal untuk wanita lesbian dan biseksual yang beroperasi selama lebih 30 tahun.
Kumpulan advokasi lesbian bagi wanita di Perancis dikecualikan daripada perarakan Pride kerana tidak membenarkan lelaki transgender menjadi ahlinya.
Menurut laporan Reduxx, Femmes Entre Elles dilabel “transphobik” kerana menyekat advokasinya terhad kepada isu dihadapi wanita sahaja.
Femmes Entre Elles, yang diterjemahkan kepada “wanita di kalangan wanita” adalah persatuan jantina tunggal untuk wanita lesbian dan biseksual yang beroperasi selama lebih 30 tahun.
Persatuan itu juga terlibat dalam kempen menyokong hak berasaskan seks wanita dan hak wanita lesbian.
Namun pada 27 Mei lalu, kumpulan itu dimaklumkan melalui e-mel bahawa mereka tidak dialu-alukan untuk menyertai perarakan tahunan Pride di Rennes yang dijadualkan pada 17 Jun.
Pusat LGBT tempatan terkemuka Iskis menjelaskan keputusan itu dibuat kerana Femmes Entre Elles tidak mengalu-alukan keahlian lelaki yang mengaku sebagai wanita.
“Kami dukacita untuk mengumumkan bahawa kami memutuskan untuk tidak menerima penyertaan anda sebagai persatuan dalam Perkampungan Bersekutu dan Perarakan Pride 2023,” kata e-mel itu.

Foto: Tangkap layar e-mel menunjukkan Femmes Entre Elles tidak dialu-alukan untuk menyertai perarakan tahunan Pride di Rennes dijadualkan pada 17 Jun.
“Keputusan ini berdasarkan pendirian anda terhadap wanita trans, khususnya melalui artikel perlembagaan anda, ‘persatuan ini terbuka kepada mana-mana wanita, wanita yang dilahirkan, ingin mengambil bahagian,’ serta kenyataan dibuat kepada sukarelawan bersekutu semasa Perarakan Pride tahun lalu,” kata kenyataan itu.
Iskis menegaskan bahawa dasar Femmes Entre Elles yang mengehadkan keahlian kepada “mana-mana wanita yang dilahirkan wanita” adalah “percanggahan secara langsung” dengan “piagam penyertaan etika” mereka dalam acara Pride.
Sumber: Reduxx
Antarabangsa
AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel
Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

- Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
- Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
- Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.
Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.
Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.
Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas