Connect with us

Terkini

Tiada pengecualian visa bagi pelancong India, China

Kerajaan pada masa ini, tidak berhasrat untuk memberi pengecualian visa bagi kemasukan pelancong warga India dan China.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tiada pengecualian visa bagi pelancong India, China
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan pada masa ini, tidak berhasrat untuk memberi pengecualian visa bagi kemasukan pelancong warga India dan China.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ini kerana India dan China juga mengenakan syarat visa kepada rakyat Malaysia ingin melancong ke negara berkenaan.
  • Pelancong warga India dan China yang memegang Pas Jangka Panjang akan dibenarkan menggunakan kemudahan autogate di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mulai 16 September ini.
  • “Ia turut terpakai untuk Pas Malaysia My Second Home (MM2H), Pas Tanggungan dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS),” katanya.

KUALA LUMPUR: Kerajaan pada masa ini, tidak berhasrat untuk memberi pengecualian visa bagi kemasukan pelancong warga India dan China.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ini kerana India dan China juga mengenakan syarat visa kepada rakyat Malaysia yang ingin melancong ke negara berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, pelancong warga India dan China yang memegang Pas Jangka Panjang akan dibenarkan menggunakan kemudahan autogate di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mulai 16 September ini.

“Kebenaran itu termasuk untuk pemegang Pas Penggajian, Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK), Pas Pasangan Kepada Warganegara, Pas Pelajar, Pas Residen.

“Ia turut terpakai untuk Pas Malaysia My Second Home (MM2H), Pas Tanggungan dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS),” katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di portal Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang meminta menyatakan adakah Kerajaan akan mengecualikan visa bagi pelancong daripada negara China dan India, dan menggunakan kemudahan “Automated Clearance System/e-gate” bagi pelancong antarabangsa ke Malaysia.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *