Connect with us

Terkini

Tangkap layar perbualan Ebit Lew-pengadu didedahkan di mahkamah

Tangkap layar perbualan antara pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew dan pengadu bermula sejak 4 Mac 2021.

Wartawan TMT

Published

on

Tangkap layar perbualan Ebit Lew-pengadu didedahkan di mahkamah
Foto: Pendakwah terkenal, Ebit Lew (kiri).
  • Tangkap layar perbualan antara pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew dan pengadu bermula sejak 4 Mac 2021.
  • Perkara itu didedahkan menerusi analisis telefon bimbit milik pengadu yang dilakukan oleh Juruanalisis Kanan Audio/Video Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras, Selangor, Asisten Superitendan Latifah Abdul Aziz di Mahkamah Majistret hari ini.
  • Latifah yang hadir sebagai saksi ketujuh pendakwaan memberitahu mahkamah, tangkap layar yang diperoleh daripada telefon bimbit bertanda NA-1 menunjukkan bahawa perbualan menerusi aplikasi Whatsapp bermula pada 4 Mac 2021.
  • Itu antara perkara yang dijelaskan oleh saksi berdasarkan 219 gambar tangkap layar yang diperoleh daripada telefon bimbit pengadu yang disimpan dalam sebuah cakera padat DVD-R yang merupakan salah satu bahan bukti dalam kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew.

TENOM: Tangkap layar perbualan antara pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew dan pengadu bermula sejak 4 Mac 2021.

Perkara itu didedahkan menerusi analisis telefon bimbit milik pengadu yang dilakukan oleh Juruanalisis Kanan Audio/Video Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras, Selangor, Asisten Superitendan Latifah Abdul Aziz di Mahkamah Majistret hari ini.

Latifah yang hadir sebagai saksi ketujuh pendakwaan memberitahu mahkamah, tangkap layar yang diperoleh daripada telefon bimbit bertanda NA-1 menunjukkan bahawa perbualan menerusi aplikasi Whatsapp bermula pada 4 Mac 2021.

Itu antara perkara yang dijelaskan oleh saksi berdasarkan 219 gambar tangkap layar yang diperoleh daripada telefon bimbit pengadu yang disimpan dalam sebuah cakera padat DVD-R yang merupakan salah satu bahan bukti dalam kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew.

Dalam perbicaraan lepas, telefon bimbit bertanda NA-1 iaitu Samsung Galaxy A31 diserahkan kepada pegawai penyiasat oleh pengadu semasa pengadu hadir membuat laporan polis di PDRM Bukit Aman pada 7 Ogos 2021.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad yang mengetuai pemeriksaan utama turut meminta penjelasan saksi mengenai tangkap layar yang memaparkan nombor 02:28 am dalam gambar tangkap layar pertama.

Saksi menjelaskan nombor yang tertera merujuk kepada masa mesej berkenaan dihantar kepada penerima (pengadu).

Advertisement

Gambar tangkap layar yang dipaparkan juga menunjukkan terdapat panggilan suara yang tidak dijawab pada dua tarikh berbeza yang dilakukan oleh pengirim mesej (Ebit) kepada penerima (pengadu).

Perbicaraan pada sesi kali ini berlangsung tanpa kehadiran Ebit Lew kerana peguamnya memaklumkan Ebit sedang menunaikan ibadah haji di Mekah.

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

Atas kesalahan itu, Ebit didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Perbicaraan dilakukan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad dan Zahida Zakaria.

Sementara itu, Ebit diwakili Peguam Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Mohd. Syarulnizam Salleh Keruak.

Advertisement

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending