Connect with us

Terkini

Swatch tidak hubungi KDN berhubung rampasan jam tangan – Saifuddin

Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum mendapat apa-apa maklum balas daripada pihak jenama jam Swatch, sejak rampasan koleksi jam yang dikaitkan dengan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), di 11 butik awal bulan ini.

Wartawan TMT

Published

on

Swatch tidak hubungi KDN berhubung rampasan jam tangan – Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
  • Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum mendapat apa-apa maklum balas daripada pihak jenama jam Swatch, sejak rampasan koleksi jam yang dikaitkan dengan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), di 11 butik awal bulan ini.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata setakat ini pihak terbabit belum menghubungi KDN bagi memberi penjelasan lanjut berhubung tulisan ‘LGBTQ’ di permukaan jarum jam.
  • “Sebagai agensi kawal selia kita tahu isu ini sensitif, tindakan kita tidak mampu puaskan hati semua pihak. Adakah pihak swatch ada hubungi kita? Jawapannya, belum.
  • “Sebab itu saya nak tegaskan memang tertera pada muka jam perkataan itu (LGBTQ) yang jadi sebab rampasan dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas tinjauan Menteri Dalam Negeri ke Kaunter Khas Jemaah Haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.
  • Saifuddin juga menegur sesetengah media yang tidak memaparkan dengan jelas gambar permukaan jam yang tertera perkataan (LGBTQ) itu.
  • Pada 13 dan 14 Mei lalu, KDN dilaporkan menyerbu 11 kedai Swatch di pusat beli-belah seperti Pavilion KL, 1 Utama, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall dan Suria Sabah berhubung ‘Koleksi Pride’ jenama itu.

SEPANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum mendapat apa-apa maklum balas daripada pihak jenama jam Swatch, sejak rampasan koleksi jam yang dikaitkan dengan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), di 11 butik awal bulan ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata setakat ini pihak terbabit belum menghubungi KDN bagi memberi penjelasan lanjut berhubung tulisan ‘LGBTQ’ di permukaan jarum jam.

“Sebagai agensi kawal selia kita tahu isu ini sensitif, tindakan kita tidak mampu puaskan hati semua pihak. Adakah pihak swatch ada hubungi kita? Jawapannya, belum.

“Sebab itu saya nak tegaskan memang tertera pada muka jam perkataan itu (LGBTQ) yang jadi sebab rampasan dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas tinjauan Menteri Dalam Negeri ke Kaunter Khas Jemaah Haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Selain itu beliau juga menegur sesetengah media yang tidak memaparkan dengan jelas gambar permukaan jam yang tertera perkataan itu.

“Sesetengah media tak paparkan gambar permukaan jam yang tertera perkataan itu sebaliknya yang ditonjolkan adalah enam warna jam, itu bukan warna pelangi, warna pelangi ada tujuh.

“Selain itu promosi jam ini banyak dibuat hujung tahun lalu dan dalam promosi sangat jelas model dikeluarkan itu ada kaitan rapat dengan LGBTQ, dan itu disebut dalam laman web mereka,” katanya.

Advertisement

LGBTQ merujuk golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik.

Pada 13 dan 14 Mei lalu, KDN dilaporkan menyerbu 11 kedai Swatch di pusat beli-belah seperti Pavilion KL, 1 Utama, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall dan Suria Sabah berhubung ‘Koleksi Pride’ jenama itu.

Lima kedai di pusat beli-belah di Alor Setar, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Johor Bahru dan Kuching diberikan amaran.

Sumber: Berita Harian

Author

Advertisement

Terkini

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Hidayah Sani

Published

on

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 
  • Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
  • Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India. 

KUALA LUMPUR — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.

Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.

Sesungguhnya, jawapan tersebut amatlah bersifat lebih untuk meraih populariti dan terlalu berpolitik. Apakah wajar bagi seseorang individu mempunyai dua kerakyatan? Di manakah kecenderungan bagi individu terbabit untuk menumpahkan kesetiaanya? 

“Sepatutnya jawapan isu sensitif seumpama ini tidak perlu dilayan dengan jawapan tegas iaitu mana mungkin dan mustahil seseorang boleh memiliki dua kerakyatan malah untuk memohon menjadi rakyat Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat mengikut undang-undang yang sedia ada selama ini. 

“Malah ada gesaan disyaratkan dengan lebih tegas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zarina menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan itu serta berpendirian sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali kerana ia keputusan muktamad.

Advertisement

Pada masa sama, beliau mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India kerana perkara itu lebih mengundang mudarat daripada keuntungan.

Katanya, perkara perlu diberikan keutamaan bukanlah terkait kerakyatan sebaliknya isu 1.2 juta warga negara China yang direkodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), masuk ke Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 namun masih tiada rekod keluar dari negara ini. 

Ia merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu diambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelanggaran undang-undang dan soal keselamatan negara. 

“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman Menteri Pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa kepada pelancong terutama dari Cina dan mungkin dari India atas nama kepentingan merancakkan ekonomi tetapi boleh membawa padah kepada keselamatan negara dan masalah sosial yang kini pun sudah parah dan tidak terkawal. 

“Cuba bayangkan jika pelancong Cina masuk tanpa tapisan melalui Visa dengan bebas. Pasti ramai akan hilang dan menetap di Malaysia. 

“Isu rasuah yang menjadi barah akan menjadi lebih buruk di kalangan penguatkuasa. Perkara ini amat mengerikan kepada masa depan negara Malaysia,” kata Zarina. 

Advertisement

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.

King Sing berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Parti Bumiputera Perkasa Malaysia – PUTRA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending