Antarabangsa
Sembilan wartawan diserang di utara Kosovo
Sembilan wartawan diserang oleh penyerang bertopeng di sekitar Dewan Bandaraya di Leposavic, utara Kosovo pada Jumaat lalu.

- Sembilan wartawan diserang oleh penyerang bertopeng di sekitar Dewan Bandaraya di Leposavic, utara Kosovo pada Jumaat lalu.
- Pertubuhan Wartawan Kosovo (AGK) berkongsi rakaman mengenai petugas media dilempar dengan batu dan diserang secara fizikal oleh penyerang bertopeng.
- Perdana Menteri Albin Kurti berkongsi rakaman itu di Twitter sambil berkata “Seorang lagi wartawan diserang secara kejam semasa membuat liputan mengenai perkembangan di utara Jumaat lalu.
- “Serangan fizikal terhadap mereka adalah tidak boleh diterima dan harus dikecam oleh semua pihak,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataannya.
PRISTINA: Sembilan wartawan diserang oleh penyerang bertopeng di sekitar Dewan Bandaraya di Leposavic, utara Kosovo pada Jumaat lalu.
Pertubuhan Wartawan Kosovo (AGK) berkongsi rakaman mengenai petugas media yang dilempar dengan batu dan diserang secara fizikal oleh penyerang bertopeng.
Perdana Menteri Albin Kurti berkongsi rakaman itu di Twitter sambil berkata “Seorang lagi wartawan diserang secara kejam semasa membuat liputan mengenai perkembangan di utara Jumaat lalu.
“Serangan fizikal terhadap mereka adalah tidak boleh diterima dan harus dikecam oleh semua pihak,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataannya.
Ketegangan meningkat di Kosovo selepas pemilihan datuk bandar etnik Albania di empat daerah di utara negara itu pada April.
Albania adalah kumpulan etnik utama di Kosovo, tetapi Serbia mendominasi kawasan utara, berhampiran sempadan dengan Serbia.
Sekurang-kurangnya 30 askar pengaman Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) KFOR cedera pada 29 Mei ketika protes dan cubaan menghalang seorang datuk bandar mengangkat sumpah jawatan.
Dalam kejadian itu, lebih 53 orang awam turut cedera akibat terkena gas pemedih mata.
Serbia tidak mengiktiraf kemerdekaan Kosovo yang diisytiharkan pada 2008.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas