Terkini
PMX ditegur tokoh media, babit gurauan minta nombor telefon pelajar perempuan
Wartawan veteran A Kadir Jasin, mengkritik tindakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung gurauannya dengan seorang pelajar perempuan dalam satu program baru-baru ini.

- Wartawan veteran A Kadir Jasin, mengkritik tindakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung gurauannya dengan seorang pelajar perempuan dalam satu program baru-baru ini.
- A Kadir berkata, Anwar sebagai pemimpin negara perlulah menunjukkan sosok seorang pemimpin, bukanlah berkelakuan seperti remaja memalukan atau ‘mengenyeh’ seperti bintang filem dimamah usia.
- “He can joke but let it be funny and tasteful. We don’t want him to be a bore.”
- “But joking about asking a teenage student her phone number, had he been younger, was out of line,” tulisnya dalam Facebook.
- Tegasnya, sebagai Perdana Menteri Madani setiap perkataan, gerak geri dan perbuatannya sentiasa dirakam dan dikongsi.
- Sabtu lalu, Anwar memuji kekemasan soalan dikemukakan pelajar berusia 18 tahun itu dan sempat berseloroh akan meminta nombor telefon pelajar itu sekiranya beliau masih muda.
KUALA LUMPUR – Wartawan veteran A Kadir Jasin, mengkritik tindakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung gurauannya dengan seorang pelajar perempuan dalam satu program baru-baru ini.
A Kadir berkata, Anwar sebagai pemimpin negara perlulah menunjukkan sosok seorang pemimpin, bukanlah berkelakuan seperti remaja yang memalukan atau ‘mengenyeh’ seperti bintang filem yang dimamah usia.
“He can joke but let it be funny and tasteful. We don’t want him to be a bore.”
“But joking about asking a teenage student her phone number, had he been younger, was out of line,” tulisnya dalam Facebook.
Tegasnya, sebagai Perdana Menteri Madani setiap perkataan, gerak geri dan perbuatannya sentiasa dirakam dan dikongsi.
Justeru, Anwar perlu lebih berhati-hati dalam setiap tindakannya.
“Humour is an art. A failed humour could turn into vulgarity,” ujarnya.
Sabtu lalu, ketika ingin menjawab pertanyaan dikemukakan seorang pelajar perempuan Tingkatan 6, Anwar memuji kekemasan soalan dikemukakan pelajar berusia 18 tahun itu dan sempat berseloroh akan meminta nombor telefon pelajar itu sekiranya beliau masih muda.
“Saya bangga dengan Adriana ini. Tingkatan Enam pun bertanya soalan yang begitu kemas. Kalau saya muda saya dah minta nombor telefon,” seloroh Anwar di mana kejadian itu disiarkan secara langsung dalam program ‘Temu Anwar’ di USIM.
Jawapan Presiden PKR itu mendapat sorakan hadirin yang hadir pada program itu namun dikritik pelbagai pihak termasuk parti MUDA.
Sumber: Samudera
Terkini
Kos sara hidup meningkat, Kenaikan gaji 10 peratus wajar – Tinjauan
Peningkatan kos sara hidup dan komitmen bulanan tinggi mencecah RM4,000 sebulan, khususnya di bandar, mewajarkan kenaikan gaji tahunan sehingga 10 peratus pada tahun depan.

KUALA LUMPUR – Peningkatan kos sara hidup dan komitmen bulanan tinggi mencecah RM4,000 sebulan, khususnya di bandar, mewajarkan kenaikan gaji tahunan sehingga 10 peratus pada tahun depan.
Demikian hasil tinjauan The Merdeka Times pada Khamis lalu yang mendapati rata-rata orang ramai berkata peningkatan kos perbelanjaan meliputi kenaikan kos barang basah, bayaran pinjaman perumahan dan kenaikan kos sewa rumah sebagai faktor kenaikan gaji tahunan itu
Peniaga, Syafiq Hanan, 30, berkata anggaran komitmen bulanannya yang perlu dikeluarkan setiap bulan adalah sekitar RM3,000 ke RM4,000.
Dia yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu arkitek di sebuah syarikat memilih membuka perniagaan bagi menyelaraskan pendapatan dengan kos sara hidup semakin meningkat.
“Macam dulu, saya tidak memiliki rumah, bila saya beli rumah, kos meningkat kerana pinjaman bank ada kenaikan interest.
“Rumah di sekitar Lembah Klang saya boleh kata paling murah pun RM600,000 bagi rumah kondo atau apartment,” katanya kepada The Merdeka Times ketika ditemubual di Ampang dekat sini pada Khamis lalu.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu melihat perlunya peningkatan gaji tahunan pekerja hingga 10 peratus.
Terdahulu, media tempatan melaporkan hasil tinjauan awam Robert Walters, lebih tiga daripada lima pekerja di negara ini menjangkakan kenaikan gaji antara enam hingga 10 peratus pada tahun depan.
Dapatan tinjauan awam itu melibatkan 400 calon dan organisasi di Malaysia pada September 2023.
Peniaga, Muhamad Ariff, 27, berkata kos komitmen sememangnya akan meningkat seiring dengan pertambahan umur ditambah dengan keadaan ekonomi tidak menentu.
Anak kelahiran Terengganu itu berkata purata bulanan perbelanjaan dikeluarkannya pada setiap bulan adalah RM1,500 yang meliputi pembelian barang basah.
“Sangat baiklah kalau gaji pekerja naik hingga 10 peratus,” kata Muhamad Ariff.
Jurujual yang hanya mahu dikenali sebagai Ema, 30, berkata kenaikan kos sara hidup ketika ini mendorongnya untuk membuat pendapatan sampingan selain menjalankan kerja hakikinya.
Katanya, komitmen bulanannya RM3,000 sebulan terdiri daripada kos sewa rumah yang terus meningkat selain mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga.
“RM500 saya belanjakan bagi perbelanjaan makanan, kalau boleh saving dekat situ, kita guna untuk kos transport. Kalau hantar duit ke keluarga dalam sekitar RM400 ke RM500.
“Sewa rumah pun naik, macam saya berasal dari Sabah dan bekerja di sini, bila-bila masa boleh tukar tempat kerja dan sewa rumah pun perlu dititikberatkan kerana melibatkan jarak lokasi yang mempengaruhi kos lain seperti kos pengangkutan,” katanya.
Ema berkata dia sebelum itu pernah menyewa sebuah rumah dengan kos RM850, namun kini dia perlu mengeluarkan RM1,000 bagi menampung komitmen berkenaan.
Pekerja syarikat perkhidmatan, Sayang Fairuz, 50, pula menyatakan perbelanjaan bulanannya antara RM2,000 hingga RM2,500 yang terdiri daripada kos pengangkutan, barang basah dan tanggungan anaknya.
“Kita kena bajet sangat-sangat, macam contoh hari ini dan semalam saya bawa bekal ke tempat kerja, almost every day saya masak sendiri. Saya tak beli makanan di luar, sangat tidak berbaloi,” katanya.
Dia berkata kenaikan gaji sehingga 10 peratus adalah bertepatan memandangkan rata-rata rakyat Malaysia berdepan dengan peningkatan kos sara hidup.
“Kalau bagi basic gaji RM1,500 itu possible pada 1990-an, sekarang kita sudah berada pada 2023, tak sesuai lagi RM1,500,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas