Connect with us

Antarabangsa

Pentagon batalkan persembahan pondan di Pangkalan Tentera Udara AS

Pentagon membatalkan persembahan pondan yang sepatutnya berlangsung di Pangkalan Tentera Udara Nevada menandakan masuknya bulan Pride pada 1 Jun, demikian lapor NBC News Rabu lalu, memetik Pegawai Angkatan Pertahanan Amerika Syarikat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pentagon batalkan persembahan pondan di Pangkalan Tentera Udara AS
Foto: Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin.
  • Pentagon bertindak membatalkan persembahan pondan yang sepatutnya berlangsung di Pangkalan Tentera Udara Nevada menandakan masuknya bulan Pride pada 1 Jun.
  • Acara yang pada mulanya mendapat kelulusan komander pangkalan, dibatalkan Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin dan Pengerusi Ketua Staf Bersama, Mark Miley.
  • Mereka memaklumkan meluluskan dana bagi persembahan pondan di Pangkalan Tentera Udara tidak termasuk dalam dasar Pentagon.
  • Acara tahunan dibatalkan itu sepatutnya menjadi pertunjukan pondan kali yang ketiga di Pangkalan Tentera Udara Nellis di Nevada bagi meraikan anggota tentera AS dari kalangan komuniti LGBT+.

Pentagon membatalkan persembahan pondan yang sepatutnya berlangsung di Pangkalan Tentera Udara Nevada menandakan masuknya bulan Pride pada 1 Jun, demikian lapor NBC News Rabu lalu, memetik Pegawai Angkatan Pertahanan Amerika Syarikat.

Acara yang pada mulanya mendapat kelulusan komander pangkalan, dibatalkan Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin dan Pengerusi Ketua Staf Bersama, Mark Miley. 

Mereka memaklumkan meluluskan dana bagi persembahan pondan di Pangkalan Tentera Udara tidak termasuk dalam dasar Pentagon.

Akan tetapi, pihak terbabit diberi kebenaran untuk menjalankan acara itu di luar pangkalan tentera jika ia masih sesuatu yang mereka mahu lakukan, kata jurucakap tentera udara. 

Acara tahunan dibatalkan itu sepatutnya menjadi pertunjukan pondan kali ketiga di Pangkalan Tentera Udara Nellis di Nevada bagi meraikan anggota tentera AS dari kalangan komuniti LGBT+.

“Selaras dengan testimoni Setiausaha Austin di kongres, Tentera Udara tidak akan menganjurkan pertunjukan pondan di bangunan atau fasiltinya. Komander-komander diarahkan sama ada membatalkan atau memindahkan acara ini ke lokasi luar pangkalan,” kata seorang pegawai tentera udara dalam kenyataan kepada NBC News pada Rabu lalu.

Austin sebelum ini tidak mempunyai masalah untuk Pride Month disambut tentera pernah dipetik pada 2021 sebagai berkata, “Warga LGBTQ+ telah berjuang mempertahankan hak dan kebebasan kita dari mulanya penubuhan negara kita sehingga ke Perang Saudara”. 

Bagaimanapun, Austin pada Mac berkata, “pertunjukan pondan bukan sesuatu yang mendapat sokongan atau pembiayaan Jabatan Pertahanan” setelah aktiviti itu dipersoalkan ahli Republikan, Matt Gaetz di Kongres.

Sumber: RT

Author