Connect with us

Terkini

Pengikut ‘Si Hulk’ cuba ke New Zealand jumpa pengasas

Seorang lelaki disyaki pengikut ajaran sesat Suhaini Bin Mohammad atau ‘Si Hulk’ ditahan di rumahnya di Jasin di sini, selepas dipercayai cuba bergabung dengan pengasas kumpulan itu di New Zealand.

Wartawan TMT

Published

on

Pengikut 'Si Hulk' cuba ke New Zealand jumpa pengasas
Foto: Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman.
  • Seorang lelaki disyaki pengikut ajaran sesat Suhaini Bin Mohammad atau ‘Si Hulk’ ditahan di rumahnya di Jasin, selepas dipercayai cuba bergabung dengan pengasas kumpulan itu di New Zealand.
  • Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan bersama isteri dan tiga anak mereka, oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) turut merampas risalah ajaran sesat.
  • Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman, berkata, penahanan dibuat hasil siasatan berterusan JAIM.
  • Selepas tular video di media sosial pada 20 Mac lalu mengenai dua lelaki Islam membuat kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW dengan mendakwa Baginda sebagai Allah.

MELAKA: Seorang lelaki disyaki pengikut ajaran sesat Suhaini Bin Mohammad atau ‘Si Hulk’ ditahan di rumahnya di Jasin di sini, selepas dipercayai cuba bergabung dengan pengasas kumpulan itu di New Zealand.

Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan bersama isteri dan tiga anak mereka kira-kira jam 8.30 malam Ahad lalu, oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang turut merampas risalah ajaran sesat.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman, berkata, penahanan dibuat hasil siasatan berterusan JAIM.

Katanya, ia selepas tular video di media sosial pada 20 Mac lalu mengenai dua lelaki Islam membuat kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW dengan mendakwa Baginda sebagai Allah.

“Soal siasat awal mendapati, lelaki itu mengaku sepatutnya berangkat ke New Zealand bersama isteri dan tiga anak pada Selasa lalu untuk bersama pengasas ajaran sesat itu dan ahli kumpulan yang sudah berada di sana.

“Malah, lelaki berasal dari Jasin itu sanggup berhenti kerja untuk berhijrah dan mencari pekerjaan baharu di New Zealand.

“Sebaik tular video berkenaan, JAIM membuka kertas siasatan terhadap kumpulan ini dan dipercayai ada lagi individu dari negeri lain akan berhijrah ke sana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Guru peringkat JAIM di sini, hari ini.

Rahmad berkata, penahanan itu menunjukkan ajaran sesat Si Hulk masih mempunyai pengikut yang sanggup meninggalkan tanah air untuk berhijrah semata-mata mahu mengikut pengasas kumpulan itu yang juga pengusaha minuman kesihatan.

“Ajaran sesat ini bermula tahun lalu dan mempunyai antara 10 hingga 20 pengikut di Melaka.

“Kumpulan ini tiada markas khusus dan sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

“Ia susulan fahaman Suhaini Bin Mohamad diputuskan sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam berasaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

Berikutan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Melaka pada 30 Mei lalu itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya berhenti mengikuti ajaran sesat itu dan merujuk JAIM jika berlaku kekeliruan.

Katanya, umat Islam yang terbabit menyebar ajaran sesat boleh dikenakan tindakan mengikut Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu Seksyen 60 (Ajaran Salah), Seksyen 61 (Mempermainkan Ayat Quran atau Hadis), Seksyen 62 (Mempersendakan Agama Islam) dan Seksyen 63 (Menghina Agama Islam).

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kerajaan diminta pertahan polisi sekolah tidak terima dana syarikat arak – Pemuda UMNO

Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.
  • Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh meminta kerajaan mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.
  • “Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.
  • “Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).
  • “Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

KUALA LUMPUR — Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata kerajaan perlu mempertahankan polisi itu sekalipun menerima asakan daripada mana-mana menteri untuk mengubahnya.

Dr Akmal juga memberi sokongan penuh kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan polisi itu.

Beliau berkata jika liga bola sepak negara pun tidak membenarkan syarikat sedemikian untuk menyumbang atau membuat tajaan, apatah lagi membabitkan pihak sekolah.

“Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.

“Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).

“Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

Foto: Tangkap layar artikel dimuat naik Dr Akmal di Facebooknya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semalam dilaporkan menolak memberikan sebarang pengecualian atau menyemak semula garis panduan yang melarang sekolah menerima dana daripada hasil penjualan produk tembakau dan minuman keras.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata walaupun semua sumbangan dialu-alukan, namun mesti mengikut garis panduan kementerian.

Beliau turut mengulangi pentingnya mematuhi garis panduan tersebut ketika diajukan pertanyaan sama ada terdapat pengecualian bagi sekolah vernakular.

Pada masa sama, Loke juga dilaporkan berkata isu pemberian sumbangan dan tajaan syarikat minuman keras kepada sekolah Cina akan dibawa ke mesyuarat Kabinet hari ini dan penjelasan akan diberikan kepada Jemaah Menteri.

Loke berkata perkara berkenaan tidak sepatutnya dijadikan isu kerana pembabitan syarikat minuman keras bagi membantu mengumpul dana untuk sekolah Cina sudah berlaku sejak 30 tahun lalu.

“Selama ini tidak timbul sebarang masalah, kenapa sekarang baharu nak jadikan isu? Ini sesuatu yang mesti kita faham bahawa ini bukan perkara baharu,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending