Antarabangsa
Penggunaan dadah semakin meningkat – Laporan PBB
Bilangan pengguna dadah global telah meningkat hampir satu perempat dalam tempoh sedekad, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

- Bilangan pengguna dadah global meningkat hampir satu perempat dalam tempoh sedekad, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
- Pejabat PBB Bagi Dadah dan Jenayah (UNODC) di Vienna dalam laporannya yang dikeluarkan pada Ahad turut menyuarakan kebimbangan mengenai penyebaran dadah sintetik serta kawasan bermasalah seperti Ukraine dan Afghanistan.
- Pada 2011-2021, jumlah pengguna dadah meningkat daripada anggaran 240 juta kepada 296 juta — peningkatan sebanyak 23 peratus, lapor Agensi Anadolu.
- Jumlah orang mengalami ketagihan dadah atau penyakit meningkat 45 peratus kepada 39.5 juta dalam tempoh itu.
- UNODC memberi amaran tentang percambahan dadah seperti methamphetamine, amphetamine, fentanyl dan banyak bahan baharu dibangunkan di pasaran.
- “Pengeluaran ubat sintetik murah, mudah dan cepat,” menurut UNODC.
GENEVA – Bilangan pengguna dadah global telah meningkat hampir satu perempat dalam tempoh sedekad, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pejabat PBB Bagi Dadah dan Jenayah (UNODC) di Vienna dalam laporannya yang dikeluarkan pada Ahad turut menyuarakan kebimbangan mengenai penyebaran dadah sintetik serta kawasan bermasalah seperti Ukraine dan Afghanistan.
Pada 2011-2021, jumlah pengguna dadah meningkat daripada anggaran 240 juta kepada 296 juta — peningkatan sebanyak 23 peratus, lapor Agensi Anadolu.
Menurut agensi PBB itu, kira-kira separuh daripada peningkatan ini disebabkan oleh pertumbuhan penduduk dunia. Jumlah orang yang mengalami ketagihan dadah atau penyakit meningkat 45 peratus kepada 39.5 juta dalam tempoh itu.
UNODC memberi amaran tentang percambahan dadah seperti methamphetamine, amphetamine, fentanyl dan banyak bahan baharu dibangunkan di pasaran.
“Pengeluaran ubat sintetik murah, mudah dan cepat,” menurut UNODC.
Sektor perniagaan narkotik yang sangat fleksibel ini menyukarkan pihak berkuasa mengesan kerana tidak seperti kokain dan heroin, ia tidak terikat dengan kawasan pertumbuhan dan kitaran pertumbuhan tertentu.
Oleh itu, UNODC memantau keadaan di Ukraine khususnya lokasi 79 makmal amphetamine, jumlah tertinggi di dunia, telah ditutup oleh pihak berkuasa pada tahun sebelum perang bermula, katanya.
Sejak pencerobohan Russia pada awal 2022, jumlah rampasan dadah sintetik di Ukraine telah meningkat, manakala pasaran untuk bahan tersebut di negara jiran telah berkembang yang merupakan kesan akibat perang, kata Ketua Penganalisis UNODC Angela Me.
Di Afghanistan, UNODC melihat tanda-tanda penurunan dalam pengeluaran candu di bawah pemerintahan Taliban, namun pakar dadah PBB menegaskan bahawa Afghanistan bukan sahaja pengeksport utama candu dunia dan komoditi heroin, bahkan telah menjadi pengeluar utama methamphetamine.
“Badan pemantau dadah PBB juga bimbang tentang pertumbuhan berterusan pasaran kokain yang menyaksikan pasaran global dengan permintaan menjurus kepada lebih banyak bekalan dan bekalan membawa kepada lebih banyak permintaan,” kata Me.
Sejumlah 2,300 tan metrik kokain dihasilkan pada 2021, katanya.
Bagaimanapun, opioid — opiat semula jadi dan varian tiruannya — dan kanabis terus menyumbang kepada kebanyakan kes ketagihan dan penyakit, menurut UNODC, dengan hampir 70 peratus daripada 128,000 kematian akibat dadah pada 2019 disebabkan penggunaan opioid, menurut laporan itu.
Sumber: Astro Awani
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas