Connect with us

Terkini

Pelawak Singapura hina Malaysia, Ahli Parlimen Machang hantar surat bantahan ke Kedutaan Singapura

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, akan menghantar surat bantahan kepada kedutaan Singapura di Kuala Lumpur berikutan tular video pelawak Singapura didakwa menghina Malaysia serta mempersendakan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS).

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
  • Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, akan menghantar surat bantahan kepada kedutaan Singapura di Kuala Lumpur berikutan tular video pelawak Singapura didakwa menghina Malaysia serta mempersendakan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS).
  • Surat bantahan dan notis kecaman itu dijangka akan dihantar pada Khamis (esok).
  • Beliau mengharapkan kerajaan Singapura akan mempertimbangkan tindakan yang sewajarnya diambil terhadap pelawak terbabit.
  • Pelawak terbabit perlu membuat permohonan maaf kerana menyinggung perasaan rakyat Malaysia dan diharamkan daripada memasuki negara ini.
  • ‘Lawak’ yang dilakukan itu berpotensi merenggangkan hubungan antara dua rakyat iaitu Malaysia dan Singapura.
  • Wan Fayhsal mencadangkan mereka yang bersekongkol ataupun menyokong tindakan Jocelyn Chia itu juga dikenakan tindakan.

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, akan menghantar surat bantahan kepada kedutaan Singapura di Kuala Lumpur berikutan tular video pelawak Singapura didakwa menghina Malaysia serta mempersendakan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS).

Surat bantahan dan notis kecaman itu dijangka akan dihantar pada Khamis (esok).

Menerusi surat bantahan tersebut Wan Fayshal berharap kerajaan Singapura akan mempertimbangkan tindakan yang sewajarnya dapat diambil terhadap pelawak terbabit.

Bercakap kepada The Merdeka Times, beliau berkata pelawak terbabit juga perlu membuat permohonan maaf kerana menyinggung perasaan rakyat Malaysia dan diharamkan daripada memasuki negara ini.

Ini berikutan, ‘lawak’ yang dilakukan itu berpotensi merenggangkan hubungan antara dua rakyat iaitu Malaysia dan Singapura.

“Ini satu kebiadaban yang tidak boleh dinormalisasikan di atas apa jua sebab hatta lawak sekalipun kerana dia tidak lawak kerana kita tahu dalam budaya timur malah barat sekalipun bukan semua objek boleh dijadikan bahan lawak.

“Nyawa yang orang meninggal… hilang dalam kapal terbang itu adalah benda yang suci, kemanusiaan kenapa nak kena buat lawak? Itu satu. 

“Yang kedua beliau menggunakan kata-kata kesat menghina Malaysia dalam lawak yang tidak lawak sebenarnya,” tambahnya.

Wan Fayhsal turut mengecam tindakan seorang pelawak tempatan Dr Jason Leong yang dilihat seakan menyokong tindakan pelawak Singapura terbabit dengan meninggalkan komen, “I love this bit” pada klip video yang dikongsikan di laman Instagram Jocelyn.

Beliau mencadangkan mereka yang bersekongkol ataupun menyokong tindakan Jocelyn Chia itu juga dikenakan tindakan.

“Semua pihak yang bersimpati pada pelawak ini saya tengok ada seorang pelawak Malaysia Dr Jason Leong di Twitter dia ini memang kurang ajar.

“Bagi dia semua benda jadi bahan lawak tiada had dan batas jadi bagi saya mana-mana pihak yang bersekongkol kita kena ambil tindakan juga,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending