Connect with us

Terkini

MUDA kesal masih tiada kawal selia cecair dan gel nikotin di Malaysia

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) kesal produk cecair atau gel nikotin masih tidak tertakluk kepada sebarang kawal selia dan undang-undang di Malaysia.

Hidayah Sani

Published

on

MUDA kesal masih tiada kawal selia cecair dan gel nikotin di Malaysia
Foto: Hantaran Parti MUDA di Instagram.
  • Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menjelaskan pendirian mereka berhubung RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam yang merangkumi Dasar Generasi Penamat (GEG).
  • “Kelompongan Undang-Undang: Kegagalan untuk meluluskan RUU ini bermaksud kelompongan atau “lacuna” produk vape dan rokok elektronik ini akan berterusan.
  • “Risiko Tinggi Kepada Golongan Bawah Umur: Tindakan tergesa-gesa pihak kerajaan untuk mencukai penjualan cecair vape yang ada kandungan nikotin sebaliknya telah memangsakan golongan bawah umur.
  • “MUDA berpendirian sehinggalah RUU dapat diluluskan, YB Menteri Kesihatan harus mengembalikan semula cecair dan gel nikotin di bawah Akta Racun 1952,” kata MUDA menerusi hantaran Instagram di sini pada Rabu.
  • Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa pada 12 Jun lalu dilaporkan berkata, RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dirujuk sekali lagi kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan.

KUALA LUMPUR — Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) kesal produk cecair atau gel nikotin masih tidak tertakluk kepada sebarang kawal selia dan undang-undang di Malaysia.

Parti politik itu dalam kenyataannya pada Rabu menjelaskan pendirian mereka berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam yang merangkumi Dasar Generasi Penamat (GEG).

MUDA berkata kegagalan meluluskan RUU berkenaan menyebabkan kelompongan atau ‘lacuna’ produk vape dan rokok elektronik akan terus berlaku.

Katanya, perkara itu juga meletakkan golongan bawah umur dalam kelompok berisiko tinggi apabila kerajaan seolah-olah tergesa-gesa mengenakan cukai cecair vape.

“Kelompongan Undang-Undang: Kegagalan untuk meluluskan RUU ini bermaksud kelompongan atau “lacuna” produk vape dan rokok elektronik ini akan berterusan.

“Risiko Tinggi Kepada Golongan Bawah Umur: Tindakan tergesa-gesa pihak kerajaan untuk mencukai penjualan cecair vape yang ada kandungan nikotin sebaliknya telah memangsakan golongan bawah umur.

“MUDA berpendirian sehinggalah RUU dapat diluluskan, YB Menteri Kesihatan harus mengembalikan semula cecair dan gel nikotin di bawah Akta Racun 1952,” kata MUDA menerusi hantaran di Instagram di sini pada Rabu.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa pada 12 Jun lalu dilaporkan berkata, RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dirujuk sekali lagi kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan.

Katanya, perkara itu diambil kira selepas menerima maklum balas menerusi sesi libat urus pada 6 Mac lalu.

Ini kali kedua RUU yang turut dikenal sebagai RUU Generasi Penamat (GEG) itu dirujuk kepada JKPK berkenaan selepas pertama kali dibentangkan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada tahun lalu.

RUU berkenaan dicadangkan bertujuan mengharamkan penggunaan, pembelian dan penjualan rokok serta produk vape kepada mereka yang dilahirkan selepas 2007.

Dalam pada itu, tinjauan Kebangsaan Kesihatan Dan Morbiditi (NHMS) 2022 mendapati penggunaan vape dalam kalangan remaja di Malaysia meningkat daripada prevalens 9.8 peratus pada 2017 kepada 14.9 peratus pada 2022, dengan kadar peningkatan 52 peratus. — The Merdeka Times

Sumber : Instagram partimuda

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending