Connect with us

Terkini

Kanak-kanak dua tahun keracunan nikotin: Laksanakan segera GEG!

Kerajaan digesa supaya melaksanakan segera Rang Undang-Undang (RUU) Akta Generasi Penamat Rokok (GEG), demikian desak doktor dan pengamal perubatan.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: (dari kiri) Profesor Mohamad Haniki Nik Mohamed, Dr Suhazeli Abdullah, Khairy Jamaluddin dan Dr Amirul Amzar.
  • Kerajaan digesa supaya melaksanakan segera Rang Undang-Undang (RUU) Akta Generasi Penamat Rokok (GEG), demikian desak doktor dan pengamal perubatan. Turut bersama dalam desakan itu adalah bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
  • Pass the smoking control bill with the GEG now!” kata Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di Instagram hari ini.
  • Pakar Perubatan Keluarga Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Ahli Nicotine Addiction Research UM, Dr Amirul Amzar melihat insiden itu sebagai satu permulaan di mana perlahan-lahan kita akan menyaksikan kesan buruk pengecualian nikotin dari Akta Racun.
  • “Adakah kita sanggup melihat banyak lagi kes seperti ini berlaku dalam negara kita? Akibat dari tiada kawalan yang ketat melalui Akta yang sepatutnya diluluskan pada tahun lepas lagi? Tolonglah…” – Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah.
  • Doktor Farmasi Klinikal (PharmD), Profesor Mohamad Haniki Nik Mohamed dengan sarkastik mengucapkan ‘syabas’ kepada Kerajaan Madani, menteri, ahli parlimen dan rakyat Malaysia yang menyokong penggunaan rokok elektronik itu.
  • Mereka berkata sedemikian susulan insiden seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun berkemungkinan keracunan nikotin dalam rokok elektronik yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Ahad lalu.

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa supaya melaksanakan segera Rang Undang-Undang (RUU) Akta Generasi Penamat Rokok (GEG), demikian desak doktor dan pengamal perubatan.

Turut bersama dalam desakan itu adalah bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Ia susulan insiden membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun berkemungkinan keracunan nikotin dalam rokok elektronik yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Ahad lalu.

Pass the smoking control bill with the GEG now!” kata Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di Instagram hari ini.

Foto: Tangkap Layar Instagram @khairykj.

Beberapa doktor yang sememangnya lantang membantah nikotin cecair atau gel dikecualikan di bawah Akta Racun 1952, turut menuntut pelaksanaan GEG disegerakan ekoran insiden sama.

Pakar Perubatan Keluarga Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Ahli Nicotine Addiction Research UM, Dr Amirul Amzar melihat insiden itu sebagai satu permulaan di mana perlahan-lahan kita akan menyaksikan kesan buruk pengecualian nikotin dari Akta Racun.

“Bayangkan kalau vape dihalalkan sepenuhnya di Malaysia? Bayangkan kalau GEG lulus, tiada lagi kes sebegini kerana penggunaan vape dan rokok akan semakin kurang.

“Kita boleh bayangkan.. dan kita tahu apa yang perlu dilakukan. Masalahnya, adakah menteri-menteri, MP-MP (ahli parlimen) tahu?” katanya menerusi hantaran di Facebook (FB) hari ini.

Advertisement

Senada dengan beliau adalah Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah yang sebelum ini berterusan meminta penggubalan akta untuk mengawal vape disegerakan.

Katanya, melengah-lengahkan atau menangguhkan pelaksanaan akta itu kepada satu masa tertentu boleh mewujudkan risiko di mana lebih banyak nyawa individu tidak berdosa akan terkorban.

“Adakah kita sanggup melihat banyak lagi kes seperti ini berlaku dalam negara kita? Akibat dari tiada kawalan yang ketat melalui Akta yang sepatutnya diluluskan pada tahun lepas lagi? Tolonglah…” katanya.

Doktor Farmasi Klinikal (PharmD), Profesor Mohamad Haniki Nik Mohamed turut membuat kenyataan sarkastik susulan insiden itu.

Beliau mengucapkan ‘syabas’ kepada Kerajaan Madani, menteri, ahli parlimen dan rakyat Malaysia yang menyokong penggunaan rokok elektronik itu.

Syabas Kerajaan Madani…. syabas menteri-menteri yang halalkan nikotin rokok elektronik.. syabas ahli parlimen yang tolak RUU+GEG demi duit.. Syabas rakyat Malaysia yang sokong vape.. syabas Abang Jamil!” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Advertisement

Pada April lalu, Mohamad Haniki juga dilaporkan membidas dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa tiada negara mampu mengharamkan vape dan rokok.

Menjawab dakwaan itu, beliau menjelaskan terdapat beberapa negara melaksanakan pengharaman ke atas produk terbabit antaranya negara jiran Malaysia sendiri seperti Brunei, Singapura dan Thailand. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Amirul Amzar, Facebook Dr Suhazeli Abdullah, Facebook Mohamad Haniki Nik Mohamed, Instagram @khairykj.

Author

Terkini

Kos sara hidup meningkat, Kenaikan gaji 10 peratus wajar – Tinjauan

Peningkatan kos sara hidup dan komitmen bulanan tinggi mencecah RM4,000 sebulan, khususnya di bandar, mewajarkan kenaikan gaji tahunan sehingga 10 peratus pada tahun depan.

Avatar

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

KUALA LUMPUR – Peningkatan kos sara hidup dan komitmen bulanan tinggi mencecah RM4,000 sebulan, khususnya di bandar, mewajarkan kenaikan gaji tahunan sehingga 10 peratus pada tahun depan.

Demikian hasil tinjauan The Merdeka Times pada Khamis lalu yang mendapati rata-rata orang ramai berkata peningkatan kos perbelanjaan meliputi kenaikan kos barang basah, bayaran pinjaman perumahan dan kenaikan kos sewa rumah sebagai faktor kenaikan gaji tahunan itu 

Peniaga, Syafiq Hanan, 30, berkata anggaran komitmen bulanannya yang perlu dikeluarkan setiap bulan adalah sekitar RM3,000 ke RM4,000.

Dia yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu arkitek di sebuah syarikat memilih membuka perniagaan bagi menyelaraskan pendapatan dengan kos sara hidup semakin meningkat.

“Macam dulu, saya tidak memiliki rumah, bila saya beli rumah, kos meningkat kerana pinjaman bank ada kenaikan interest.

“Rumah di sekitar Lembah Klang saya boleh kata paling murah pun RM600,000 bagi rumah kondo atau apartment,” katanya kepada The Merdeka Times ketika ditemubual di Ampang dekat sini pada Khamis lalu.

Advertisement

Bapa kepada seorang cahaya mata itu melihat perlunya peningkatan gaji  tahunan pekerja hingga 10 peratus.

Terdahulu, media tempatan melaporkan hasil tinjauan awam Robert Walters, lebih tiga daripada lima pekerja di negara ini menjangkakan kenaikan gaji antara enam hingga 10 peratus pada tahun depan.

Dapatan tinjauan awam itu melibatkan 400 calon dan organisasi di Malaysia pada September 2023.

Peniaga, Muhamad Ariff, 27, berkata kos komitmen sememangnya akan meningkat seiring dengan pertambahan umur ditambah dengan keadaan ekonomi tidak menentu.

Anak kelahiran Terengganu itu berkata purata bulanan perbelanjaan dikeluarkannya pada setiap bulan adalah RM1,500 yang meliputi pembelian barang basah.

“Sangat baiklah kalau gaji pekerja naik hingga 10 peratus,” kata Muhamad Ariff.

Advertisement

Jurujual yang hanya mahu dikenali sebagai Ema, 30, berkata kenaikan kos sara hidup ketika ini mendorongnya untuk membuat pendapatan sampingan selain menjalankan kerja hakikinya.

Katanya, komitmen bulanannya RM3,000 sebulan terdiri daripada kos sewa rumah yang terus meningkat selain mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga.

“RM500 saya belanjakan bagi perbelanjaan makanan, kalau boleh saving dekat situ, kita guna untuk kos transport. Kalau hantar duit ke keluarga dalam sekitar RM400 ke RM500.

“Sewa rumah pun naik, macam saya berasal dari Sabah dan bekerja di sini, bila-bila masa boleh tukar tempat kerja dan sewa rumah pun perlu dititikberatkan kerana melibatkan jarak lokasi yang mempengaruhi kos lain seperti kos pengangkutan,” katanya.

Ema berkata dia sebelum itu pernah menyewa sebuah rumah dengan kos RM850, namun kini dia perlu mengeluarkan RM1,000 bagi menampung komitmen berkenaan.

Pekerja syarikat perkhidmatan, Sayang Fairuz, 50, pula menyatakan perbelanjaan bulanannya antara RM2,000 hingga RM2,500 yang terdiri daripada kos pengangkutan, barang basah dan tanggungan anaknya.

Advertisement

“Kita kena bajet sangat-sangat, macam contoh hari ini dan semalam saya bawa bekal ke tempat kerja, almost every day saya masak sendiri. Saya tak beli makanan di luar, sangat tidak berbaloi,” katanya.

Dia berkata kenaikan gaji sehingga 10 peratus adalah bertepatan memandangkan rata-rata rakyat Malaysia berdepan dengan peningkatan kos sara hidup.

“Kalau bagi basic gaji RM1,500 itu possible pada 1990-an, sekarang kita sudah berada pada 2023, tak sesuai lagi RM1,500,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending