Terkini
Luluskan RUU Kawalan Tembakau selaras pengenalan duti eksais rokok elektronik, vape – Pakar Perubatan
Rang undang-undang (RUU) kawalan tembakau perlu diluluskan segera oleh kerajaan seiring pengenalan duti eksais ke atas cecair atau gel mengandungi nikotin dalam rokok elektronik dan vape.

- RUU kawalan tembakau perlu diluluskan segera oleh kerajaan seiring pengenalan duti eksais ke atas cecair atau gel mengandungi nikotin dalam rokok elektronik dan vape.
- Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar menyifatkan RUU itu lengkap kerana melibatkan produk lain seperti vape, rokok elektronik dan lain-lain termasuk cadangan Generational End Game (GEG) dalam RUU tersebut.
- Beliau menyifatkan adalah agak ganjil sekiranya cukai mendahului akta atau peraturan kawalan vape.
- Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah turut menegaskan RUU itu wajib dibentangkan bagi membolehkan cukai dikutip ke atas pengusaha vape sepertimana dinyatakan dalam Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR – Rang undang-undang (RUU) kawalan tembakau perlu diluluskan segera oleh kerajaan seiring pengenalan duti eksais ke atas cecair atau gel mengandungi nikotin dalam rokok elektronik dan vape.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar menyifatkan RUU itu lengkap kerana ia melibatkan produk lain seperti vape, rokok elektronik dan lain-lain termasuk cadangan Generational End Game (GEG) dalam RUU tersebut.
Beliau berkata agak ganjil sekiranya cukai mendahului akta atau peraturan kawalan vape.
Menurutnya, vape terbahagi dua iaitu pertama vape yang mengandungi nikotin (cukai) dan vape tanpa nikotin (tidak dicukai).
“Ini akan mewujudkan masalah dalam kawalan produk, pelesenan premis jualan dan pelaksanaan cukai serta akan berlaku manipulasi pelabelan jenis yang akan menyebabkan ketirisan cukai, penyeludupan dan produk tidak sah (contoh – vape bernikotin tapi dijual sebagai vape tanpa nikotin).
“Sepatutnya produk vape ini mempunyai peraturan dan kawalan perundangan dengan struktur kandungannya dan struktur cukai.
“Pada masa ini peraturan dan kawalan perundangan belum wujud,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Ahad.
Pendapat sama turut dikongsikan Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah yang menegaskan RUU itu wajib dibentangkan bagi membolehkan cukai dikutip ke atas pengusaha vape sepertimana dinyatakan dalam Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, walaupun terpaksa berkompromi dalam beberapa sudut, namun akta vape dan GEG (generasi penamat rokok) lebih penting untuk diteruskan.
“Semakin lambat ia dibentangkan, semakin lama lah kita menunggu dan semakin sedih melihat remaja kita yang terus berminat untuk hisap vape.
“Harap-harap lah semua ahli parlimen memahami keadaan ini dan menyokong RUU itu tanpa berbelah bahagi,” kata Dr Suhazeli di Facebook hari ini.
Beliau mendakwa ada pihak berusaha untuk menggagalkan pembentangan RUU vape dan GEG yang bakal diadakan dalam masa terdekat hingga menimbulkan kebimbangan.
Perdana Menteri dilaporkan berkata kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik ataupun vape yang mengandungi nikotin.
Katanya, kerajaan menyokong penuh pelaksanaan GEG selain bersetuju menyalurkan hasil cukai itu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – The Merdeka Times
Sumber : Facebook Zainal Omar, Dr Suhazeli Abdullah
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas
-
Terkini2 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor