Connect with us

Terkini

Menteri marah polis dan pegawai imigresen, tuntut wanita warga China dibebaskan

Dakwaan seorang menteri menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa bagi mendesak Imigresen membebaskan seorang pelawat dari China viral di media sosial.

Wartawan TMT

Published

on

Menteri marah polis dan pegawai imigresen, tuntut wanita warga China dibebaskan
Foto: Gambar seorang menteri menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa bagi mendesak Imigresen (kiri) dan wanita warga China yang didakwa ditahan daripada memasuki Malaysia oleh Imigresen (kanan).
  • Dakwaan seorang menteri menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa bagi mendesak Imigresen membebaskan seorang pelawat dari China viral di media sosial.
  • Ia didakwa berlaku petang semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila menteri berkenaan masuk ke kawasan ketibaan itu tanpa memohon pas.
  • Difahamkan ia bertujuan  untuk ‘menyelamatkan’ seorang wanita warga China yang dikatakan dinafikan daripada memasuki negara ini setelah tiba semalam.
  • Memetik laporan BebasNews, apabila mendapat tahu mengenai tahanan itu menteri berkenaan telah ke KLIA dan memasuki ke dalam dewan ketibaan tanpa memohon pas keselamatan.
  • Satu sumber berkata, apabila  dihalang, dia menggunakan kuasa menterinya termasuk memarahi Polis Bantuan KLIA dan pegawai imigresen kerana mahu menyelamatkan wanita warga China berkenaan.
  • Difahamkan ini adalah kali ketiga menteri berkenaan melakukan tindakan seperti itu terhadap penumpang yang ditahan daripada memasuki negara ini.

PETALING JAYA: Dakwaan seorang menteri menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa bagi mendesak Imigresen membebaskan seorang pelawat dari China viral di media sosial.

Ia didakwa berlaku petang semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila menteri berkenaan masuk ke kawasan ketibaan itu tanpa memohon pas.

Difahamkan ia bertujuan  untuk ‘menyelamatkan’ seorang wanita warga China yang dikatakan dinafikan daripada memasuki negara ini setelah tiba semalam.

Foto: Wanita warga China yang didakwa ditahan daripada memasuki Malaysia oleh Imigresen.

Memetik laporan BebasNews, apabila mendapat tahu mengenai tahanan itu menteri berkenaan telah ke KLIA dan memasuki ke dalam dewan ketibaan tanpa memohon pas keselamatan.

Satu sumber berkata, apabila  dihalang, dia menggunakan kuasa menterinya termasuk memarahi Polis Bantuan KLIA dan pegawai Imigresen kerana mahu menyelamatkan wanita warga China berkenaan.

Difahamkan ini adalah kali ketiga menteri berkenaan melakukan tindakan seperti itu terhadap penumpang yang ditahan daripada memasuki negara ini.

Pihak Utusan Malaysia sedang berusaha menghubungi Jabatan Imigresen untuk mengesahkan kejadian ini.

Selain itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikatakan akan membuat laporan polis untuk menyiasat dakwaan ini supaya imej menteri berkanaan dapat dibersihkan andainya dakwaan itu tidak berasas.

Advertisement

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending