Connect with us

Terkini

(VIDEO) Masyarakat Cina paling terkesan di bawah kepimpinan Anwar dan DAP?

Masyarakat Cina di Malaysia didakwa paling terkesan di bawah kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Masyarakat Cina paling terkesan di bawah kepimpinan Anwar dan DAP?
Foto: Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan (kiri) dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan).
  • Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan menyarankan masyarakat Cina menolak kepimpinan Anwar dan DAP atas lima faktor.
  • Antara faktor itu adalah masyarakat Cina paling terkesan dengan kenaikan OPR kerana mereka paling banyak buat pinjaman bank, beli rumah, beli kereta dan sebagainya.
  • Masyarakat Cina juga terkesan apabila mata wang (ringgit Malaysia) jatuh sedangkan bangsa itu gemar melancong ke luar negara .
  • Kejatuhan ekonomi negara juga menyaksikan harga barangan tidak boleh dikawal dan daging babi yang menjadi makanan asasi masyarakat itu naik sebanyak lapan kali dalam tempoh setahun.
  • Fahmi mendakwa pembawakan dan gaya perjuangan ekstremis Anwar dan DAP menyebabkan berlakunya penentangan daripada masyarakat khususnya bangsa Melayu hari ini.

KUALA LUMPUR — Masyarakat Cina di Malaysia didakwa paling terkesan di bawah kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Sehubungan itu, Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan menyarankan masyarakat Cina menolak kepimpinan Anwar dan parti politik itu kerana terdapat beberapa sebab untuk ia dilakukan.

“Pertama kalau kita perasan, kesan daripada keputusan kerajaan yang sangat ‘flip-flop’ dan tidak konsisten hari ini, menyebabkan mata wang negara jatuh merudum dan kesan dia ialah pada ekonomi OPR naik lagi pada 3.0 peratus.

“Masyarakat paling terkesan ialah masyarakat Cina sebab orang paling banyak buat pinjaman bank, beli rumah, beli kereta dan sebagainya ialah masyarakat Cina…mereka sangat terkesan dengan kenaikan OPR,” katanya menerusi video yang dimuat naik di TikTok rasmi miliknya.

Fahmi berkata masyarakat Cina juga terkesan apabila mata wang (ringgit Malaysia) jatuh sedangkan bangsa itu gemar melancong ke luar negara.

Selain itu, katanya, kejatuhan ekonomi negara juga menyaksikan harga barangan tidak boleh dikawal dan daging babi yang menjadi makanan asasi masyarakat tersebut naik sebanyak lapan kali dalam tempoh setahun.

“Keempat apabila hari ini subsidi elektrik ditarik kepada golongan T20. Sebenarnya kerajaan gagal untuk mengesan di mana masyarakat T20 ini berada.

“Apabila kegagalan ini berlaku, kerajaan mengambil secara pukal di mana kawasan-kawasan perumahan yang bernilai RM700 ribu ke atas semuanya dipukul sama rata, dikurangkan dan dibuang subsidi elektrik pada mereka. Jadi kesannya adalah pada elektrik.

“Penggunaan elektrik setiap bulan bermula daripada bulan ini dilihat berlakunya peningkatan termasuk rumah saya walaupun saya bukan T20 tapi oleh kerana saya tinggal di rumah mertua. Jadi rumah tersebut sudah pun berlaku kenaikan,” katanya.

Fahmi berkata antara sebab lain mengapa beliau merasakan masyarakat Cina perlu menolak Anwar dan DAP adalah kerana pembawakan dan gaya perjuangan yang ekstremis daripada mereka menyebabkan berlakunya penentangan daripada masyarakat, khususnya bangsa Melayu. — The Merdeka Times

Sumber : TikTok fahmi_bazlan

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *