Antarabangsa
Malaysia sedia jadi tuan rumah Simposium Perdana Haji – Menteri Agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar bercadang membawa Simposium Perdana Haji (Grand Hajj Symposium) yang dianjurkan secara tahunan di Arab Saudi ke Malaysia pada masa hadapan.

- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar bercadang membawa Simposium Perdana Haji (Grand Hajj Symposium) yang dianjurkan secara tahunan di Arab Saudi ke Malaysia pada masa hadapan.
- Mohd Na’im yang kini dalam lawatan kerja ke Arab Saudi dan menunaikan haji berkata, beliau akan berbincang dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fauzan Muhammed Al Rabiah mengenai perkara itu.
- “Mungkin kita boleh buat secara rantau ASEAN, kita ketuai di Malaysia… di pihak Tabung Haji (TH) dan di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kita bersedia,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri simposium berkenaan di sini.
- Simposium itu menghimpunkan para cendekiawan dan pakar dari seluruh dunia untuk berkongsi pengetahuan, penemuan penyelidikan dan amalan terbaik dalam semua aspek ibadat haji.
JEDDAH: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar bercadang membawa Simposium Perdana Haji (Grand Hajj Symposium) yang dianjurkan secara tahunan di Arab Saudi ke Malaysia pada masa hadapan.
Mohd Na’im yang kini dalam lawatan kerja ke Arab Saudi dan menunaikan haji berkata, beliau akan berbincang dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fauzan Muhammed Al Rabiah mengenai perkara itu.
“Mungkin kita boleh buat secara rantau ASEAN, kita ketuai di Malaysia… di pihak Tabung Haji (TH) dan di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kita bersedia,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri simposium berkenaan di sini.
Simposium itu menghimpunkan para cendekiawan dan pakar dari seluruh dunia untuk berkongsi pengetahuan, penemuan penyelidikan dan amalan terbaik dalam semua aspek ibadat haji.
Mohd Na’im berkata, sekiranya simposium tersebut diadakan di Malaysia, ia akan membantu pemain industri haji dan umrah serantau untuk mengambil bahagian dalam perbincangan, selain tidak perlu mengeluarkan kos yang besar untuk ke Arab Saudi.
Selain itu, katanya, TH yang mempunyai 60 tahun pengalaman dalam mengendalikan urusan haji juga boleh berkongsi kejayaannya dengan negara Islam lain.
“Kita pun ramai dalam kalangan pensyarah universiti yang menulis mengenai haji dan umrah dan saya rasa kalau kita buat simposium di negara kita, kita boleh cungkil lagi bakat baharu di Thailand dan Singapura contohnya untuk memberikan idea-idea terbaik,” katanya dan menambah perbincangan boleh terarah kepada kaedah menangani kenaikan kos haji.
Mengenai Simposium Perdana Haji kali ke-47 yang diadakan pada Selasa (20 Jun) itu, Mohd Na’im berkata, kehadiran Malaysia penting bagi mendapatkan maklumat secara terus daripada kerajaan Arab Saudi mengenai usaha yang diperkenalkan negara itu untuk kemudahan bakal haji.
Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman dan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman. – BERNAMA
Sumber: Bernama
Antarabangsa
AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel
Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

- Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
- Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
- Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.
Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.
Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.
Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas