Connect with us

Terkini

Lelaki dera anak teman wanita miliki 13 rekod jenayah lampau

Lelaki yang disyaki mendera anak teman wanitanya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak, di sini memiliki 13 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Wartawan TMT

Published

on

Lelaki dera anak teman wanita miliki 13 rekod jenayah lampau
Foto: Amir Shafiq Suhaim.
  • Lelaki yang disyaki mendera anak teman wanitanya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak memiliki 13 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
  • Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zin berkata, hasil pemeriksaan polis ke atas suspek yang berusia 31 tahun itu mendapati dia mempunyai lapan rekod kes jenayah dan lima kes dadah.
  • “Suspek yang menjalani ujian saringan air kencing juga didapati positif dadah. Pagi tadi suspek dihadapkan ke mahkamah dan dibenarkan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 15 Jun ini untuk membantu siasatan kes ini,” katanya dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat kontinjen tengah hari tadi.
  • Tambah Mohd Shuhaily lagi, siasatan sedang dikendalikan di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

KUALA LUMPUR – Lelaki yang disyaki mendera anak teman wanitanya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak, di sini memiliki 13 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zin berkata, hasil pemeriksaan polis ke atas suspek yang berusia 31 tahun itu mendapati dia mempunyai lapan rekod kes jenayah dan lima kes dadah.

“Suspek yang menjalani ujian saringan air kencing juga didapati positif dadah.

“Pagi tadi suspek dihadapkan ke mahkamah dan dibenarkan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 15 Jun ini untuk membantu siasatan kes ini,” katanya dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat kontinjen tengah hari tadi.

Tambah Mohd Shuhaily lagi, siasatan sedang dikendalikan di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suspek turut disiasat di bawah Peraturan 25 Akta Pendaftaran Negara apabila siasatan lanjut polis juga mendedahkan suspek memegang kad pengenalan milik orang lain.

“Siasatan kami juga mendapati suspek yang juga pengganggur berkenalan dan tinggal bersama ibu mangsa sejak dua bulan lalu,” katanya.

Mohd Shuhaily menambah, mangsa didera kerana terlalu aktif.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintenden D Saralathan mengesahkan tengah malam tadi suspek berjaya diberkas di sebuah pangsapuri di Jinjang, Sentul.

Berdasarkan siasatan awal polis, lelaki yang dikenali sebagai Amir Shafiq Suhaimi, 31, dipercayai memukul hingga mangsa bengkak pada bibir dan lebam kedua-dua mata serta bahagian belakang badan.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. 

Sumber: Malaysia Gazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending