Connect with us

Antarabangsa

Lima wanita dibunuh dalam sembilan hari, Australia rancang lelaki berpotensi ‘pembunuh’ dipantau melalui GPS

Kes keganasan rumahtangga yang menyaksikan mangsa dibunuh atau dicederakan di Australia semakin meningkat melibatkan pembunuhan lima wanita dalam sembilan hari.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kes keganasan rumahtangga yang menyaksikan mangsa dibunuh atau dicederakan di Australia semakin meningkat melibatkan pembunuhan lima wanita dalam sembilan hari.
  • Pakar keganasan rumahtangga menggesa kerajaan Australia supaya menerima pelan baharu yang membolehkan mana-mana lelaki yang dikenal pasti berpotensi sebagai pembunuh dikesan dan dipantau melalui GPS atas talian.
  • Tindakan lebih agresif disyorkan untuk lelaki yang dilihat berterusan menyinggung perasaan, mengekori, mengganggu, memerhati atau mengancam pasangan mereka.
  • Mereka berkata bagi mengurangkan berlakunya keganasan terhadap wanita, Australia harus menjalankan program seperti di UK bagi melindungi tokoh tertentu, yang juga kini diuji di sana ke atas mereka yang berpotensi melakukan keganasan rumahtangga.

Kes keganasan rumahtangga yang menyaksikan mangsa dibunuh atau dicederakan di Australia semakin meningkat melibatkan pembunuhan lima wanita dalam sembilan hari.

Pakar keganasan rumahtangga menggesa kerajaan Australia supaya menerima pelan baharu yang membolehkan mana-mana lelaki yang dikenal pasti berpotensi sebagai pembunuh dikesan dan dipantau melalui GPS atas talian.

Tindakan lebih agresif disyorkan untuk lelaki yang dilihat berterusan menyinggung perasaan, mengekori, mengganggu, memerhati atau mengancam pasangan mereka.

Mereka berkata bagi mengurangkan berlakunya keganasan terhadap wanita, Australia harus menjalankan program seperti di UK bagi melindungi tokoh tertentu, yang juga kini diuji di sana ke atas mereka yang berpotensi melakukan keganasan rumahtangga.

Pakar penyelidik keganasan yang sebelum ini bekerja di Institut Kriminologi Australia, Dr. Hayley Boxall berpendapat pendekatan proaktif seperti ini mungkin akan membantu mencegah keganasan sebelum ia berlaku, berbanding cuba mengubah kelakuan pesalah selepas ia telah dilakukan.

Pesuruhjaya Keganasan Rumah Tangga, Keluarga dan Seksual Kebangsaan, Micaela Cronin berkata cadangan dalam penyelidikan pembunuhan Boxall untuk Pertubuhan Penyelidikan Kebangsaan untuk Keselamatan Wanita (ANROWS) Australia, wajar dipertimbangkan memandangkan kadar kematian wanita yang “membimbangkan” di Australia tahun ini.

Pada 2023, 43 wanita terbunuh dalam insiden keganasan rumah tangga dan keluarga, melibatkan 11 kanak-kanak.

Institut Pengajian Keluarga Australia mendapati satu daripada tiga remaja Australia dikasari pasangan dan Biro Perangkaan Jenayah New South Wales mengeluarkan data menunjukkan kadar keganasan rumah tangga dan keluarga yang tidak menurun selama 12 tahun lalu.

Sumber: The Age

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Lebih 2,000 terbunuh di Lubnan akibat serangan Israel

Kementerian Kesihatan Lubnan pada Rabu mengumumkan angka kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan meningkat kepada 2,119 dengan 10,019 lagi cedera sejak 8 Oktober 2023.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Kesihatan Lubnan pada Rabu mengumumkan angka kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan meningkat kepada 2,119 dengan 10,019 lagi cedera sejak 8 Oktober 2023.
  • Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata dalam tempoh 24 jam lalu 36 orang terbunuh dan 150 yang lain cedera.
  • “Dalam tempoh 24 jam yang lalu, 137 serangan udara telah direkodkan, menjadikan jumlah serangan sejak permulaan pencerobohan kepada 9,400 (serangan udara).
  • “990 pusat telah dibuka untuk menempatkan orang yang berpindah, di mana 781 pusat telah mencapai kapasiti maksimum mereka, dengan 181,700 individu yang dipindahkan telah didaftarkan di tempat perlindungan,” kata Menteri Alam Sekitar Nasser Yassin dalam kenyataan berasingan dipetik agensi berita Anadolu.

Kementerian Kesihatan Lubnan pada Rabu mengumumkan angka kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan meningkat kepada 2,119 dengan 10,019 lagi cedera sejak 8 Oktober 2023.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata dalam tempoh 24 jam lalu 36 orang terbunuh dan 150 yang lain cedera.

“Dalam tempoh 24 jam yang lalu, 137 serangan udara telah direkodkan, menjadikan jumlah serangan sejak permulaan pencerobohan kepada 9,400 (serangan udara).

“990 pusat telah dibuka untuk menempatkan orang yang berpindah, di mana 781 pusat telah mencapai kapasiti maksimum mereka, dengan 181,700 individu yang dipindahkan telah didaftarkan di tempat perlindungan,” kata Menteri Alam Sekitar Lubnan, Nasser Yassin dalam kenyataan berasingan dipetik agensi berita Anadolu.

“Jawatankuasa kecemasan kementerian akan bertanggungjawab menerima bantuan antarabangsa dan mengagihkannya kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal di seluruh wilayah, melalui mekanisme yang jelas dan telus,” kata menteri itu.

Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Lubnan terhadap apa yang didakwa rejim zionis itu sebagai sasaran Hizbullah sejak 23 September lalu, membunuh lebih 1,250 orang dan mencederakan 3,618 yang lain.

Kempen serangan udara itu adalah peningkatan dalam peperangan rentas sempadan antara Israel dan Hizbullah sejak permulaan tindakan genosid Tel Aviv di Gaza yang telah membunuh hampir 42,000 orang, majoritinya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan balas Hamas ke atas Israel tahun lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending