Connect with us

Terkini

Jumlah lelaki mangsa gangguan seksual meningkat

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengesan terdapat penambahan ketara bilangan mangsa gangguan seksual daripada kalangan lelaki.

Wartawan TMT

Published

on

Jumlah lelaki mangsa gangguan seksual meningkat
Foto: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri.
  • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengesan terdapat penambahan ketara bilangan mangsa gangguan seksual daripada kalangan lelaki.
  • Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perkara itu dikesan sepanjang 10 siri Program Jerayawara Kasih KPWKM @ Advokasi Antigangguan Seksual yang dibuat di 10 negeri bermula 6 Julai hingga 2 Oktober lalu.
  • “Angka itu dicatatkan melalui Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) Yayasan Kebajikan Negara (YKN), yang mana jumlah keseluruhan mangsa bagi 10 siri jerayawara sebelum ini adalah seramai 762 mangsa, dengan 187 daripadanya adalah lelaki.
  • “Berdasarkan angka ini, dahulunya mangsa yang dicatatkan tidak ramai mungkin kerana mangsa tidak begitu berani namun sekarang penambahan jumlah mangsa yang dicatatkan agak ketara termasuk bagi lelaki,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Jerayawara Kasih KPWKM @Advokasi Antigangguan Seksual Negeri Perak di sini, hari ini.
  • KPWKM mengambil tindakan serius bagi menangani isu terbabit dengan menggubal Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840] agar dapat membantu mangsa tampil melaporkan kejadian supaya tindakan sewajarnya dapat diambil selain remedi dapat diberikan kepada mangsa.

IPOH – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengesan terdapat penambahan ketara bilangan mangsa gangguan seksual daripada kalangan lelaki.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perkara itu dikesan sepanjang 10 siri Program Jerayawara Kasih KPWKM @ Advokasi Antigangguan Seksual yang dibuat di 10 negeri bermula 6 Julai hingga 2 Oktober lalu.

Beliau berkata, ia sekali gus menampakkan hasil positif pelaksanaan program advokasi terbabit.

Katanya, pada siri pertama jerayawara di Pulau Pinang pada 6 Julai lalu, tiada rekod mengenai mangsa lelaki dicatatkan namun angka itu meningkat di jerayawara terakhir di Kedah iaitu 36 orang mengaku menjadi mangsa.

“Angka itu dicatatkan melalui Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) Yayasan Kebajikan Negara (YKN), yang mana jumlah keseluruhan mangsa bagi 10 siri jerayawara sebelum ini adalah seramai 762 mangsa, dengan 187 daripadanya adalah lelaki.

“Sepanjang turutan 10 siri sebelum ini, Pulau Pinang (tiada rekod) diikuti Sarawak (lima), Selangor (13), Negeri Sembilan (10), Melaka (24), Pahang (sembilan), Kelantan (52), Terengganu (14), Sabah (24), dan Kedah (36).

“Berdasarkan angka ini, dahulunya mangsa yang dicatatkan tidak ramai mungkin kerana mangsa tidak begitu berani namun sekarang penambahan jumlah mangsa yang dicatatkan agak ketara termasuk bagi lelaki,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Jerayawara Kasih KPWKM @Advokasi Antigangguan Seksual Negeri Perak di sini, hari ini.

Turut hadir, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Koperasi dan Pembangunan Usahawan negeri, Salbiah Mohamed.

Nancy berkata, berdasarkan data inventori PSSS YKN, gangguan seksual dibahagikan kepada empat tahap iaitu rendah, sederhana, tinggi, dan kritikal.

Beliau berkata, tahap rendah apabila mangsa mengalami gangguan secara gurauan yang sedikit, tahap sederhana berlaku apabila mangsa terdedah dengan gangguan lisan, gurauan menggunakan bahasa lucah serta penggunaan simbol lucah semasa berkomunikasi.

Sementara itu, beliau berkata, kementeriannya menyedari terdapat banyak kes gangguan seksual tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Menurutnya, KPWKM mengambil tindakan serius bagi menangani isu terbabit dengan menggubal Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840] agar dapat membantu mangsa tampil melaporkan kejadian supaya tindakan sewajarnya dapat diambil selain remedi dapat diberikan kepada mangsa.

“Penguatkuasaan akta ini sudah dilaksanakan secara berperingkat bermula 28 Mac 2023, membabitkan takrifan gangguan seksual dan elemen kesedaran, pendidikan, serta pemahaman mengenai gangguan seksual kepada masyarakat,” katanya.

Nancy berkata, sangat penting menguar-uarkan serta meneruskan perbincangan isu gangguan seksual memandangkan sesetengah pelaku mungkin menganggap tindakan mereka sebagai jenaka yang tidak berbahaya atau salah faham.

“Normalisasi pelakuan ini seharusnya tidak boleh berlaku. Tiada ruang langsung yang wajar diberikan kepada gangguan seksual, sama ada secara terang-terangan atau jenaka,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending