Connect with us

Antarabangsa

Lebih 7 juta kanak-kanak bawah lima tahun kurang zat makanan di seluruh Ethiopia, Kenya dan Somalia

Lebih 7 juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun kekal kekurangan zat makanan dan memerlukan bantuan pemakanan segera di Ethiopia, Kenya dan Somalia

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lebih 7 juta kanak-kanak bawah lima tahun kurang zat makanan di seluruh Ethiopia, Kenya dan Somalia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lebih 7 juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun kekal kekurangan zat makanan di Ethiopia, Kenya dan Somalia.
  • Daripada jumlah itu, lebih 1.9 juta berdepan risiko maut
  • Bantuan sangat diperlukan agar mereka yang terjejas sempat dipulihkan sebelum krisis berikutnya melanda. – Pengarah Serantau UNICEF untuk Afrika Timur dan Selatan, Mohamed Fall.

Lebih 7 juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun kekal kekurangan zat makanan dan memerlukan bantuan pemakanan segera di Ethiopia, Kenya dan Somalia

Memetik laporan Tabung Kecemasan Kanak-kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), lebih 1.9 juta kanak-kanak dari jumlah itu berdepan risiko maut akibat kekurangan zat makanan akut.

Bilangan kanak-kanak kekurangan zat makanan akut yang mendapatkan rawatan pada suku pertama tahun ini kekal lebih tinggi berbanding tahun lalu dan berkemungkinan akan kekal tinggi untuk tempoh agak lama.

Pengarah Serantau UNICEF untuk Afrika Timur dan Selatan, Mohamed Fall berkata bantuan sangat diperlukan agar mereka yang terjejas sempat dipulihkan sebelum krisis berikutnya melanda.

“Dengan kitaran cuaca melampau yang kita lihat hari ini di Tanduk Afrika, krisis seterusnya mungkin melanda sebelum kanak-kanak dan keluarga berpeluang untuk pulih,” katanya.

Kemarau teruk selama 40 tahun yang menjejaskan tanaman, ternakan dan keseluruhan mata pencarian selama tiga tahun lalu.

Hujan yang disangka membawa kelegaan rupanya membawa kepada krisis yang baharu apabila ia mengakibatkan banjir.

Di Somalia, banjir merosakkan rumah, tanah ladang dan jalan raya serta menghanyutkan ternakan dan menyebabkan penutupan sekolah serta kemudahan kesihatan.

Di Ethiopia, banjir juga memburukkan risiko kesihatan, terutamanya wabak taun yang menjadi antara wabak paling lama pernah direkodkan di negara itu.

Islam mensyariatkan ibadah korban pada hari raya Aidiladha dan hari-hari tasyrik bagi memupuk sikap peduli dan prihatin terhadap masyarakat.

Perkara itu jelas melalui pengagihan daging korban kepada golongan yang berhak menerimanya, khususnya fakir miskin dan yang memerlukan.

Selain itu, ibadah korban juga bertujuan untuk mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati untuk membelanjakan harta ke jalan yang Allah SWT.

Bersempena Aidiladha hujung bulan ini, Mercy Mission Malaysia bekerjasama dengan Imam Development Program (IDP) membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk menyertai Program MyQurban 2023 di Benua Afrika.

Ibadah itu akan dilakukan di lapan negara Afrika dengan hanya RM500 bagi seekor kambing dan tempahan korban boleh dibuat melalui pautan MyQurban – The Merdeka Times

Sumber: Unicef

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *