Connect with us

Terkini

Komediri Jocelyn Chia tidak sensitif, turut dikritik pelawak tempatan – Menteri Komunikasi

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengecam tindakan dan perbuatan tidak sensitif oleh pelawak Jocelyn Chia yang memperlekeh Malaysia serta mempersenda tragedi yang pernah melanda negara.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Komediri Jocelyn Chia tidak sensitif, turut dikritik pelawak tempatan – Menteri Komunikasi
Foto: Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil.
  • Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengecam tindakan dan perbuatan tidak sensitif oleh pelawak Jocelyn Chia yang memperlekeh Malaysia serta mempersenda tragedi yang pernah melanda negara. 
  • Pelawak wanita tersebut mengeluarkan kenyataan antaranya termasuk jenaka keterlaluan yang menyentuh mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370 yang dikatakan ‘tidak mendarat’.
  • “Itu bukan bahan yang baik kerana MH370 satu tragedi yang masih dilukai (rakyat) kita dan seharusnya individu tersebut tidak menggunakan bahan seperti itu. Saya  bersama Menteri Luar (Datuk seri Dr Zambry Abdul Kadir) mengecam tindakan dan perbuatan yang sangat tidak sensitif oleh individu tersebut,” katanya mengulas isu berkenaan pada sidang media di Forum World Press Freedom Day (WPFD) 2023 di sini hari ini. 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengecam tindakan dan perbuatan tidak sensitif oleh pelawak Jocelyn Chia yang memperlekeh Malaysia serta mempersenda tragedi yang pernah melanda negara.

Beliau berkata perbuatan individu terbabit turut menerima kritikan dan teguran daripada pelawak tempatan yang lain seperti Afdlin Shauki dan Harith Iskander.

Wanita itu antaranya mengeluarkan kenyataan termasuk jenaka keterlaluan yang menyentuh mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370 yang dikatakan ‘tidak mendarat’.

“Itu bukan bahan yang baik kerana MH370 satu tragedi yang masih dilukai (rakyat) kita dan seharusnya individu tersebut tidak menggunakan bahan seperti itu.

“Saya bersama Menteri Luar (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) mengecam tindakan dan perbuatan yang sangat tidak sensitif oleh individu tersebut,” katanya mengulas isu berkenaan pada sidang media di Forum World Press Freedom Day (WPFD) 2023 di sini hari ini.

Dr. Zambry dalam satu kenyataan semalam meluahkan rasa kesal terhadap perbuatan individu terbabit yang langsung tidak menunjukkan sensitiviti dan empati terhadap rakyat Malaysia serta keluarga mangsa tragedi.

Terdahulu tular di media sosial satu klip video yang memaparkan seorang pelawak wanita dari Singapura memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk ‘Singapore vs Malaysia’ yang diadakan di New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Sumber: Bernama

Author