Connect with us

Antarabangsa

Kerajaan British banteras iklan vape sasar kanak-kanak

Perdana Menteri England, Rishi Sunak memberitahu, kerajaan akan membanteras pemasaran vape yang ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan muda.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan British banteras iklan vape sasar kanak-kanak
Foto: Perdana Menteri England, Rishi Sunak.
  • Perdana Menteri England, Rishi Sunak memberitahu, kerajaan akan membanteras pemasaran vape yang ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan muda.
  • Sidang menteri juga bersepakat menghalang peniaga yang mengedarkan sampel vape percuma kepada golongan bawah umur di England.
  • Kerajaan juga berkata akan menilai semula saranan pengharaman penjualan runcit vape “bebas-nikotin” bagi pengguna berumur 18 tahun ke bawah.

Perdana Menteri England, Rishi Sunak memberitahu, kerajaan akan membanteras pemasaran vape yang ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan muda.

Sidang menteri juga bersepakat menghalang peniaga yang mengedarkan sampel vape percuma kepada golongan bawah umur di England.

Tindakan itu diambil setelah Perdana Menteri menzahirkan kebimbangan, bahawa anaknya turut tidak terlepas daripada menjadi sasaran peniaga vape.

Kerajaan juga akan menilai semula saranan pengharaman penjualan runcit vape “bebas-nikotin” bagi pengguna berumur 18 tahun ke bawah.

Perdana Menteri turut terganggu dengan peningkatan penggunaan vape dalam kalangan kanak-kanak dan terkejut dengan laporan bahawa vape terlarang yang mengandungi plumbum juga boleh dimiliki para pelajar sekolah.

Rishi Sunak juga dipetik menyebut “Pasukan penguatkuasaan vape haram kami – dibawah pembiayaan tiga juta paun sterling – sudah meneliti beberapa kes, tetapi apa yang jelas, banyak lagi yang perlu dilakukan.”

Sumber: Independent

Author