Connect with us

Terkini

Keputusan Mahkamah Paris halang penuntut Sulu kuat kuasa award dari Malaysia – Peguam

Semua dapatan dan award yang diputuskan oleh Dr Gonzalo Stampa adalah terbatal dan tidak sah berikutan Mahkamah Rayuan Paris semalam memutuskan beliau tidak mempunyai bidang kuasa atau kuasa untuk bertindak sebagai penimbang tara dalam kes penuntut Sulu.

Wartawan TMT

Published

on

Keputusan Mahkamah Paris halang penuntut Sulu kuat kuasa award dari Malaysia – Peguam
Foto: Peguam, Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid.
  • Semua dapatan dan award yang diputuskan oleh Dr Gonzalo Stampa adalah terbatal dan tidak sah berikutan Mahkamah Rayuan Paris semalam memutuskan beliau tidak mempunyai bidang kuasa atau kuasa untuk bertindak sebagai penimbang tara dalam kes penuntut Sulu.
  • Peguam, Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid berkata keputusan semalam juga menghalang usaha lapan rakyat Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu (penuntut Sulu) dalam usaha menuntut pampasan daripada Kerajaan Malaysia.
  • “Kesan dapatan Mahkamah Rayuan Paris ialah semua perintah pelaksanaan yang dibuat oleh penuntut berkaitan pemberian award awal boleh dicabar,” katanya dalam program BernamaTV: The Brief, semalam.
  • Ahmad Shamil Azad berkata Mahkamah Tinggi Madrid telah membatalkan pelantikan Stampa sebagai penimbang tara dan mengarahkan beliau menghentikan proses itu.
  • Peguam itu berkata memandangkan Mahkamah Tinggi Madrid bersetuju untuk membatalkan pelantikan Stampa sebagai penimbang tara dan Mahkamah Rayuan di Perancis juga bersetuju Stampa tidak mempunyai kuasa atau bidang kuasa untuk mendengar tuntutan oleh pihak yang menuntut, sebarang keputusan yang dibuat olehnya tidak lagi mengikat dan boleh dianggap batal dan tidak sah.
  • Semalam, Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar sebahagian award yang diputuskan oleh Stampa pada 25 Mei 2020 dalam kes penuntut Sulu.

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) – Semua dapatan dan award yang diputuskan oleh Dr Gonzalo Stampa adalah terbatal dan tidak sah berikutan Mahkamah Rayuan Paris semalam memutuskan beliau tidak mempunyai bidang kuasa atau kuasa untuk bertindak sebagai penimbang tara dalam kes penuntut Sulu.

Peguam Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid berkata keputusan semalam juga menghalang usaha lapan rakyat Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu (penuntut Sulu) dalam usaha menuntut pampasan daripada Kerajaan Malaysia.

“Kesan dapatan Mahkamah Rayuan Paris ialah semua perintah pelaksanaan yang dibuat oleh penuntut berkaitan pemberian award awal boleh dicabar,” katanya dalam program BernamaTV: The Brief, semalam.

Ahmad Shamil Azad berkata Mahkamah Tinggi Madrid telah membatalkan pelantikan Stampa sebagai penimbang tara dan mengarahkan beliau menghentikan proses itu.

“Bagaimanapun, Stampa memilih untuk mengabaikan perintah itu dan memindahkan tempat prosiding timbang tara ke Perancis selepas memperoleh perintah exequatur,” katanya.

Peguam itu berkata memandangkan Mahkamah Tinggi Madrid bersetuju untuk membatalkan pelantikan Stampa sebagai penimbang tara dan Mahkamah Rayuan di Perancis juga bersetuju Stampa tidak mempunyai kuasa atau bidang kuasa untuk mendengar tuntutan oleh pihak yang menuntut, sebarang keputusan yang dibuat olehnya tidak lagi mengikat dan boleh dianggap batal dan tidak sah.

Semalam, Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar sebahagian award yang diputuskan oleh Stampa pada 25 Mei 2020 dalam kes penuntut Sulu. 

Kumpulan yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu itu dilaporkan mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan bagi tanah di Sabah, yang didakwa dipajak oleh nenek moyang mereka kepada syarikat perdagangan British pada 1878.

Mereka kemudian membawa perkara itu kepada penimbang tara Sepanyol pada 2019 dan penimbang tara terbabit iaitu Stampa, telah membuat keputusan memihak kepada mereka.

Stampa telah mengeluarkan award akhir berjumlah US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) terhadap Malaysia dan Malaysia telah menggunakan segala remedi perundangan untuk membatalkan award itu di mahkamah-mahkamah di Sepanyol, Perancis, Luxembourg serta Belanda.

Pada 14 Mac lepas, Mahkamah Rayuan Paris telah mengekalkan perintah penggantungan yang diperoleh kerajaan Malaysia di Perancis pada 12 Julai 2022 terhadap penguatkuasaan award itu.

Justeru, perintah penggantungan yang diperoleh Malaysia berhubung penguatkuasaan award itu adalah kekal. – Bernama

Sumber: Bernama

Author

Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending