Connect with us

Terkini

Isu kalimah Allah: Pembangkang kemuka usul Akta Tafsiran

Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan usul Akta Tafsiran bagi membincangkan hal berkaitan tafsiran kalimah Allah di negara ini.

Wartawan TMT

Published

on

Isu kalimah Allah: Pembangkang kemuka usul Akta Tafsiran
Foto: Ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
  • Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan usul Akta Tafsiran bagi membincangkan hal berkaitan tafsiran kalimah Allah di negara ini.
  • Ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, Usul Persendirian itu sudah dihantar dan dikemukakan oleh Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail.
  • Bekas Menteri Dalam Negeri itu berkata sesiapa sahaja sama ada umat Islam atau bukan Islam selepas ini boleh menggunakan kalimah Allah, namun hanya satu tafsiran iaitu menerusi surah al-Ikhlas.
  • “Tuhan itu esa dan tidak boleh disamaratakan dengan yang lain. Tiada tuhan lain kecuali Allah.
  • “Seorang Ahli Parlimen kita (PN) telah menghantar usul persendirian dan kita akan bawa supaya kerajaan sedar ia salah satu cara selesaikan isu itu buat selamanya,” katanya pada majlis Dialog PN Parlimen Sungai Besar, Sungai Besar dan Sabak Bernam di Markas Pas Simpang Lima di sini, malam semalam.

SABAK BERNAM – Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan usul Akta Tafsiran bagi membincangkan hal berkaitan tafsiran kalimah Allah di negara ini.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, Usul Persendirian itu sudah dihantar dan dikemukakan oleh Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail.

Jelas bekas Menteri Dalam Negeri itu, sesiapa sahaja sama ada umat Islam atau bukan Islam selepas ini boleh menggunakan kalimah Allah, namun hanya satu tafsiran iaitu menerusi surah al-Ikhlas.

“Tuhan itu esa dan tidak boleh disamaratakan dengan yang lain. Tiada tuhan lain kecuali Allah.

“Seorang Ahli Parlimen kita (PN) telah menghantar usul persendirian dan kita akan bawa supaya kerajaan sedar ia salah satu cara selesaikan isu itu buat selamanya,” katanya pada majlis Dialog PN Parlimen Sungai Besar, Sungai Besar dan Sabak Bernam di Markas Pas Simpang Lima di sini, malam semalam.

Ditanya mengenai jangkaan usul itu dibawa, kata Hamzah, ia terpulang kepada kerajaan sama ada mahu menerima atau sebaliknya.

“Saya juga mahu tengok apa kerajaan cakap (berkaitan usul berkenaan) nanti,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia telah menarik balik rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka.

Notis pemberhentian tersebut telah difailkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 18 April lalu yang seterusnya mendapat pelbagai tentangan pelbagai pihak.

Sumber: Kosmo

Author

Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending