Connect with us

Antarabangsa

Indonesia beri amaran tentang rabies, kes gigitan anjing gila semakin meningkat

Kerajaan Indonesia mengeluarkan amaran terhadap bahaya jangkitan rabies (penyakit anjing gila) pada manusia, yang membunuh hampir sedozen orang tahun ini, di tengah-tengah peningkatan jumlah kes gigitan anjing gila.

Fariesha Amirnudin

Published

on

Indonesia beri amaran tentang rabies, kes gigitan anjing gila semakin meningkat
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan Indonesia mengeluarkan amaran terhadap bahaya jangkitan rabies (penyakit anjing gila) pada manusia, yang membunuh hampir sedozen orang tahun ini, di tengah-tengah peningkatan jumlah kes gigitan anjing gila.
  • Menurut laporan ANN, kes itu dipersalahkan atas gangguan akibat pandemik coronavirus terhadap kempen vaksinasi ke atas haiwan.
  • Sehingga April tahun ini, Kementerian Kesihatan Indonesia merekodkan 31,000 kes orang digigit haiwan yang disyaki rabies, kebanyakannya anjing.
  • Daripada jumlah itu, kira-kira 23,000 menerima suntikan anti-rabies, manakala 11 orang meninggal dunia.

Kerajaan Indonesia mengeluarkan amaran terhadap bahaya jangkitan rabies (penyakit anjing gila) pada manusia, yang membunuh hampir sedozen orang tahun ini, di tengah-tengah peningkatan jumlah kes gigitan anjing gila.

Menurut laporan ANN, kes itu dipersalahkan atas gangguan akibat pandemik coronavirus terhadap kempen vaksinasi ke atas haiwan.

Sehingga April tahun ini, Kementerian Kesihatan Indonesia merekodkan 31,000 kes orang digigit haiwan yang disyaki rabies, kebanyakannya anjing.

Daripada jumlah itu, kira-kira 23,000 menerima suntikan anti-rabies, manakala 11 orang meninggal dunia.

Kebanyakan kes ini dilaporkan di Bali, Nusa Tenggara Timur (NTT) dan Sulawesi Selatan.

“Pada 2020 dan 2021, kebanyakan orang berada di rumah, jadi kes gigitan haiwan rabies kurang,” kata Pengarah Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit Kementerian Kesihatan, Imran Pambudi.

“Tetapi pada tahun 2022, apabila (sekatan pandemik) dilonggarkan dan orang ramai mula keluar dari rumah mereka, terdapat peningkatan yang besar,” katanya.

Imran berkata kira-kira 95 peratus jangkitan rabies pada manusia di Indonesia berpunca daripada anjing gila, manakala musang, rakun dan tikus menyumbang sebilangan kecil kes.

Dalam pada itu, rabies adalah endemik di 28 wilayah atau hampir 75 peratus di seluruh negara Indonesia.

Dua daerah di NTT, Sikka dan Timor Tengah Selatan mengisytiharkan “kejadian kesihatan luar biasa” (KLB) penyakit anjing gila itu.

Sumber: ANN

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Senator Muslimah Australia pertahan Palestin letak jawatan Parti Buruh

Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Senator Muslimah Australia, Fatima Payman
  • Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.
  • Keputusan itu diambil selepas Parti Buruh menggantungnya untuk selama-lamanya kerana berikrar memberontak terhadap barisan parti dan menyokong usul mengiktiraf negara Palestin.
  • Payman yang mewakili negeri Australia Barat, mengundi pada akhir Jun untuk menyokong usul dikemukakan Parti Hijau bagi mengiktiraf Palestin, bertentangan dengan kehendak Parti Buruh dan Perdana Menteri, Anthony Albanese.
  • “Kita semua melihat imej berdarah kanak-kanak kecil kehilangan anggota badan, dipotong tanpa ubat bius dan kelaparan ketika Israel meneruskan serangannya, disiarkan secara langsung di seluruh dunia,” kata Payman dalam sidang akhbarnya pada Khamis dipetik Al Jazeera.
  • Payman yang dilahirkan di Afghanistan dan tiba di Australia sejak bayi berkata sejarah peribadinya sendiri memberi inspirasi kepada pilihannya untuk tidak berundur dalam isu Palestin, walaupun menerima tekanan daripada pemimpin parti.

Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.

Keputusan itu diambil selepas Parti Buruh menggantungnya untuk selama-lamanya kerana berikrar memberontak terhadap barisan parti dan menyokong usul mengiktiraf negara Palestin.

Payman yang mewakili negeri Australia Barat, mengundi pada akhir Jun untuk menyokong usul dikemukakan Parti Hijau bagi mengiktiraf Palestin, bertentangan dengan kehendak Parti Buruh dan Perdana Menteri, Anthony Albanese.

“Kita semua melihat imej berdarah kanak-kanak kecil kehilangan anggota badan, dipotong tanpa ubat bius dan kelaparan ketika Israel meneruskan serangannya, disiarkan secara langsung di seluruh dunia,” kata Payman dalam sidang akhbarnya pada Khamis dipetik Al Jazeera.

Payman yang dilahirkan di Afghanistan dan tiba di Australia sejak bayi berkata sejarah peribadinya sendiri memberi inspirasi kepada pilihannya untuk tidak berundur dalam isu Palestin, walaupun menerima tekanan daripada pemimpin parti.

“Keluarga saya tidak melarikan diri dari negara yang dilanda perang untuk datang ke sini sebagai pelarian bagi saya berdiam diri apabila melihat kekejaman dikenakan kepada orang yang tidak bersalah,” katanya.

Payman akan terus berada di Senat sebagai wakil bebas. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending