Terkini
Ibu Maisarah mahu akidah Islam anaknya kekal terjaga
“Saya cuma mahu yang terbaik untuk Maisarah, saya nak akidah Maisarah sebagai orang Islam terus terjaga dan terpelihara.”
- “Saya cuma mahu yang terbaik untuk Maisarah, saya nak akidah Maisarah sebagai orang Islam terus terjaga dan terpelihara.”
- Demikian kata Nur Aishah Nadhirah Hasboolah, ibu kepada kanak-kanak perempuan yang terlibat dalam isu hak penjagaan anak yang tular baru-baru ini.
- Ujarnya, sebagai seorang ibu, beliau mahukan yang terbaik untuk anak perempuannya, Maisarah khususnya supaya akidah Islam anak itu lebih terjaga.
- Menurut beliau, Maisarah telah memeluk Islam pada 9 Januari 2020 dengan mengucap kalimah syahadah di Pejabat Agama Islam Daerah Rompin, dibantu oleh dua pegawai bertugas.
KUANTAN – “Saya cuma mahu yang terbaik untuk Maisarah, saya nak akidah Maisarah sebagai orang Islam terus terjaga dan terpelihara.”
Demikian kata Nur Aishah Nadhirah Hasboolah, ibu kepada kanak-kanak perempuan yang terlibat dalam isu hak penjagaan anak yang tular baru-baru ini.
Ujarnya, sebagai seorang ibu, beliau mahukan yang terbaik untuk anak perempuannya, Maisarah khususnya supaya akidah Islam anak itu lebih terjaga.
Menurut beliau, Maisarah telah memeluk Islam pada 9 Januari 2020 dengan mengucap kalimah syahadah di Pejabat Agama Islam Daerah Rompin, dibantu oleh dua pegawai bertugas.
Sementara itu, Nur Aisyah juga memaklumkan, “Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada datang melawat saya tanya khabar dan sesi kaunseling, keadaan diri saya semakin terkawal berbanding sebelum ini. JKM bagi sokongan moral dan alhamdulillah, kakitangan JKM sangat baik dan memahami.”
Tambahnya, “Macam mana sekali pun saya serahkan kepada peguam bagi proses selanjutnya ke Mahkamah Persekutuan.”
Terdahulu, Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) telah mengadakan perbincangan dengan pihak puan Aisyah Naadhirah pada 29.5.2023 sekali gus bersedia menawarkan bantuan perundangan bagi membantu beliau dalam proses perundangan berkaitan.
Sumber: Samudera