Connect with us

Terkini

Hak LGBTQ: Malaysia negara kedua paling tegas di dunia

Malaysia berada di kedudukan kedua dalam senarai negara paling teruk bagi transgender, demikian menurut Indeks Hak Trans Global dikeluarkan baru-baru ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Hak LGBTQ: Malaysia negara kedua paling tegas di dunia
Foto: Indeks Hak Trans Global.
  • Malaysia berada di kedudukan kedua dalam senarai negara paling teruk bagi transgender, demikian menurut Indeks Hak Trans Global dikeluarkan baru-baru ini.
  • Guyana, sebuah negara di Amerika Selatan, disenaraikan sebagai negara paling teruk bagi transgender kerana mempunyai tahap pembunuhan paling tinggi membabitkan kelompok songsang itu.
  • Menerusi data direkodkan dalam indeks itu, Malaysia mencatat -105 mata dengan rating ‘F’ di mana golongan transgender dikatakan berdepan pelbagai halangan dalam negara, sekaligus menjadi sasaran pihak polis.
  • Mengikuti Malaysia dalam senarai itu dengan rating ‘F’ adalah Arab Saudi, Malawi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

KUALA LUMPUR – Malaysia berada di kedudukan kedua dalam senarai negara paling teruk bagi transgender, demikian menurut Indeks Hak Trans Global dikeluarkan baru-baru ini.

Guyana, sebuah negara di Amerika Selatan, disenaraikan sebagai negara paling teruk bagi transgender kerana mempunyai tahap pembunuhan paling tinggi membabitkan kelompok songsang itu.

Menerusi data direkodkan dalam indeks itu, Malaysia mencatat -105 mata dengan rating ‘F’ di mana golongan transgender dikatakan berdepan pelbagai halangan dalam negara, sekaligus menjadi sasaran pihak polis.

Foto: Indeks Hak Trans Global.

Mengikuti Malaysia dalam senarai itu dengan rating ‘F’ adalah Arab Saudi, Malawi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Laporan juga menyebut Malaysia dan tiga negara itu tidak mempunyai perlindungan bagi pekerja, diskriminasi dan penjenayah serta tindakan ‘cross-dressing’ dihukum dengan hukuman denda dan penjara di lapan daripada 10 negara paling teruk bagi kelompok songsang LGBTQ.

Hak transgender kekal tidak diiktiraf Kerajaan Malaysia selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu dan merampas ratusan jam tangan jenama Swatch awal bulan lalu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ideologi LGBTQ.

Media sebelum ini melaporkan rampasan jam tangan Swatch itu adalah disebabkan cetakan huruf ‘LGBTQ’ pada jam dan bukannya kerana warna pelangi. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *