Connect with us

Antarabangsa

Bangladesh janji terima semula etnik Rohingya jika masih ditindas di Myanmar

Bangladesh mempertahankan projek perintis untuk menghantar pulang pelarian Rohingya ke Myanmar, dengan memberi jaminan mereka akan dibawa balik jika berasa tidak selesa di Rakhine atau projek itu gagal.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Bangladesh janji terima semula etnik Rohingya jika masih ditindas di Myanmar
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Bangladesh mempertahankan projek perintis untuk menghantar pulang pelarian Rohingya ke Myanmar, dengan memberi jaminan mereka akan dibawa balik jika berasa tidak selesa di Rakhine atau projek itu gagal.
  • Lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Menteri Hal Ehwal Luar Bangladesh, Shahriar Alam, berkata, kebanyakan pelarian Rohingya yang pulang semula ke Rakhine adalah secara sukarela.
  • “Ini adalah proses percubaan, tiada penghantaran pulang dalam jumlah yang besar. Rohingya akan dihantar ke Rakhine untuk memantau keadaan. Jika mereka berasa tidak selesa, ada peluang untuk membawa mereka kembali. Dalam kes itu, kita tidak nampak hujah untuk menentangnya,” katanya.
  • Kenyataan terbaru oleh pihak berkuasa Bangladesh itu bertujuan untuk menangani kebimbangan global dan gesaan supaya projek perintis yang sedang dijalankan bersama oleh Bangladesh dan Myanmar yang diusahakan China, digantung.

DHAKA: Bangladesh mempertahankan projek perintis untuk menghantar pulang pelarian Rohingya ke Myanmar, dengan memberi jaminan mereka akan dibawa balik jika berasa tidak selesa di Rakhine atau projek itu gagal.

Lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Menteri Hal Ehwal Luar Bangladesh, Shahriar Alam, berkata, kebanyakan pelarian Rohingya yang pulang semula ke Rakhine adalah secara sukarela.

“Ini adalah proses percubaan, tiada penghantaran pulang dalam jumlah yang besar. Rohingya akan dihantar ke Rakhine untuk memantau keadaan. Jika mereka berasa tidak selesa, ada peluang untuk membawa mereka kembali. Dalam kes itu, kita tidak nampak hujah untuk menentangnya,” katanya.

Kenyataan terbaru oleh pihak berkuasa Bangladesh itu bertujuan untuk menangani kebimbangan global dan gesaan supaya projek perintis yang sedang dijalankan bersama oleh Bangladesh dan Myanmar yang diusahakan China, digantung.

Pelarian Rohingya di kem Bangladesh sudah menyatakan kebimbangan terhadap penghantaran pulang secara paksa dan tiada perubahan dalam kehidupan mereka selepas dihantar pulang ke Rakhine tanpa hak kewarganegaraan, menurut laporan itu.

Bangladesh dan Myanmar melancarkan projek untuk menghantar pulang kira-kira 1,100 pelarian.

Hampir 1.2 juta Rohingya tinggal di Bangladesh, kebanyakannya melarikan diri daripada tindakan keras tentera yang kejam di Rakhine pada Ogos 2017.

Walaupun majoriti masih berada di kem-kem yang sesak di daerah selatan Cox’s Bazar, kira-kira 30,000 telah dipindahkan ke pulau Bhasan Char sejak lewat tahun 2020.

Sumber: Utusan 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *