Connect with us

Terkini

Bakar al-Quran, Ketua Pembangkang gesa kerajaan panggil Duta Sweden

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, menggesa kerajaan memanggil Duta Sweden ke Malaysia bagi menyatakan bantahan keras terhadap kejadian membakar al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm, kelmarin.

Wartawan TMT

Published

on

Bakar al-Quran, Ketua Pembangkang gesa kerajaan panggil Duta Sweden
Foto: Ketua Pembangkang dan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
  • Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, menggesa kerajaan memanggil Duta Sweden ke Malaysia bagi menyatakan bantahan keras terhadap kejadian membakar al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm, kelmarin.
  • Hamzah yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), berkata kejadian itu bukanlah yang pertama, sebaliknya sudah berulang kali dilakukan.
  • Katanya, tindakan ekstremis serta biadab itu mesti ditolak dan dihentikan kerana ia jelas menggalakkan kebencian, perkauman dan bertentangan dengan usaha-usaha antarabangsa.

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, menggesa kerajaan memanggil Duta Sweden ke Malaysia bagi menyatakan bantahan keras terhadap kejadian membakar al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm, kelmarin.

Hamzah yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), berkata kejadian itu bukanlah yang pertama, sebaliknya sudah berulang kali dilakukan.

Katanya, tindakan ekstremis serta biadab itu mesti ditolak dan dihentikan kerana ia jelas menggalakkan kebencian, perkauman dan bertentangan dengan usaha-usaha antarabangsa.

“Saya dan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) kecewa yang teramat sangat dengan sikap kerajaan Sweden yang membenarkan insiden tersebut berlaku walaupun sedar perbuatan sedemikian boleh mencetuskan perbalahan agama.

“Adalah malang apabila kerajaan Sweden sendiri tidak bertindak dengan sepatutnya dalam menyuburkan nilai-nilai toleransi, kesederhanaan dan penolakan terhadap ekstremisme apabila sekali lagi membenarkan insiden sedemikian berlaku di Sweden,” katanya dalam satu kenyataan.

Kelmarin, seorang lelaki berasal dari Iraq bertindak membakar al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm, Sweden sehingga mencetuskan kemarahan termasuk Turkiye ketika Sweden berusaha menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Perbuatan biadap itu dilakukan dua lelaki di luar masjid utama di ibu negara Sweden ketika sambutan Aidiladha.

Advertisement

Lapor Daily Mail, kira-kira 200 penduduk menyaksikan perbuatan lelaki itu, Salwan Momika yang membakar kitab suci itu.

Pada mulanya, Salwan dilihat mengoyakkan beberapa helaian al-Quran sebelum mengelap kasutnya selain turut membakar kitab suci umat Islam itu.

Insiden itu berlaku selepas polis meluluskan permit membenarkan lelaki itu melakukan perbuatan demikian.

Dilaporkan, dua minggu lalu mahkamah rayuan Sweden menolak larangan polis terhadap protes membakar al-Quran yang menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending