Antarabangsa
Anak legenda WWE ‘Umaga’ peluk Islam di penjara
Anak kepada ahli gusti World Wrestling Entertainment (WWE) mendiang legenda ‘Umaga’ iaitu Zilla Fatu, memuat naik sebuah video minggu lalu menceritakan megenai pengislamannya.
- Anak kepada ahli gusti World Wrestling Entertainment (WWE) mendiang legenda ‘Umaga’ iaitu Zilla Fatu, memuat naik sebuah video minggu lalu menceritakan megenai pengislamannya.
- Di dalam video dimuat naik di Youtube, Zilla, 27, menggambarkan pengalamannya mengenali agama itu sebagai perjalanan yang ‘indah’, demikian lapor The Cognate.
- Video dirakam Zilla itu juga menceritakan situasi dan pengalamannya serta pengaruh rakan banduan Muslim lain terhadapnya ketika di penjara.
- Apabila mula mengenali Islam, Zilla tidak mengambilnya sebagai sesuatu yang serius tetapi setelah kajian lebih terperinci dibuat dan melihat sendiri cara pembawakan diri Muslim yang komited terhadap agama itu membuat dia tertarik kepada Islam.
- Rakan-rakan kepada Zilla seperti Lukeman dan Casey yang aktif dalam aktiviti tidak menyihatkan sebelum memasuki penjara juga merupakan antara individu memberi inspirasi dan membantunya mengenali Islam di penjara.
Anak kepada ahli gusti World Wrestling Entertainment (WWE) mendiang legenda ‘Umaga’ iaitu Zilla Fatu, memuat naik sebuah video minggu lalu menceritakan megenai pengislamannya.
Di dalam video dimuat naik di Youtube, Zilla, 27, menggambarkan pengalaman mengenali agama itu sebagai perjalanan yang ‘indah’, demikian lapor The Cognate.
Video dirakam Zilla itu juga menceritakan situasi dan pengalamannya serta pengaruh rakan banduan Muslim lain terhadapnya ketika di penjara.
Ia juga menceritakan pengislaman Zilla pada 3 April tahun lalu.
Apabila mula mengenali Islam, Zilla berkata dia tidak mengambilnya sebagai sesuatu yang serius.
Walaubagaimanapun, setelah kajian lebih terperinci dibuat dan melihat sendiri cara pembawakan diri Muslim yang komited terhadap agama itu membuatkannya tertarik kepada Islam.
Anak saudara kepada bintang WWE ‘Rikishi’ ini berkata, antara perkara dikaguminya berkenaan Islam adalah betapa berstruktur dan teraturnya mereka yang berpegang kepada ajaran agama itu.
Berkongsi pengalaman ketika dalam tahanan, Zilla berkata apa yang menarik perhatiannya secara spesifik adalah disiplin, kepetahan tutur kata dan dedikasi mereka yang memeluk ajaran agama Islam.
Beberapa rakan kepada Zilla seperti Lukeman dan Casey yang aktif dalam aktiviti tidak sihat sebelum memasuki penjara juga merupakan antara individu memberi inspirasi dan membantunya mengenali Islam di penjara.
Sumber: The Cognate