Connect with us

Terkini

Along pecah cermin kereta jiran peminjam ditahan

Seorang ejen pinjaman wang ditahan di sebuah kondominium di Jalan Air, Bukit Ampang Utama dekat sini, 25 Mei lalu, bagi membantu siasatan kejadian khianat.

Wartawan TMT

Published

on

Along pecah cermin kereta jiran peminjam ditahan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang ejen pinjaman wang ditahan di sebuah kondominium di Jalan Air, Bukit Ampang Utama, 25 Mei lalu, bagi membantu siasatan kejadian khianat.
  • Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, polis menerima laporan daripada pegawai kerajaan mengenai kejadian pecah cermin kereta miliknya dan empat kenderaan jiran di tempat letak kereta terbuka di Taman Seri Keramat Tengah, Ulu Kelang, 22 Mei lalu.
  • Menurutnya, turut ditemukan nota ugutan supaya membayar wang yang dihutang.
  • “Hasil semakan polis mendapati, kejadian berpunca daripada seorang daripada penduduk di kawasan itu dipercayai membuat pinjaman wang dengan along,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Ampang Jaya: Seorang ejen pinjaman wang ditahan di sebuah kondominium di Jalan Air, Bukit Ampang Utama dekat sini, 25 Mei lalu, bagi membantu siasatan kejadian khianat.

Lelaki itu ditahan dalam operasi oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang antara jam 4.30 sehingga 5.20 petang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, polis menerima laporan daripada pegawai kerajaan berusia 42 tahun mengenai kejadian pecah cermin kereta miliknya dan empat kenderaan jiran di tempat letak kereta terbuka di Taman Seri Keramat Tengah, Ulu Kelang, dekat sini, 22 Mei lalu.

Menurutnya, turut ditemukan nota ugutan supaya membayar wang yang dihutang.

“Hasil semakan polis mendapati, kejadian berpunca daripada seorang daripada penduduk di kawasan itu dipercayai membuat pinjaman wang dengan along.

“Disebabkan pinjaman tidak dibayar, along berkenaan membuat khianat dengan memecahkan cermin kenderaan penduduk di sekitar kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mohamad Farouk berkata, hasil semakan anggaran kerugian lebih kurang RM 5,000.

Katanya, sebelum kejadian itu, polis turut menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 45 tahun memaklumkan kenderaannya disimbah cat hitam dan terdapat notis yang bertulis ‘pinjam wang bayar wang’.

“Lelaki yang bekerja sebagai penghantar makanan membuat pinjaman sebanyak RM500 dengan along secara dalam talian pada Januari lalu.

“Kes disiasat mengikut seksyen Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951,” katanya.

Beliau berkata, hasil penahanan suspek, satu komputer riba dan dua telefon bimbit serta pelbagai dokumen dirampas untuk siasatan.

“Semakan mendapati, suspek lelaki itu mempunyai empat rekod lampau atas kesalahan jenayah dan dadah.

“Siasatan masih diteruskan untuk mengesan suspek lain yang masih bebas dan kes disiasat bawah Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat dan ugutan jenayah,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending