Connect with us

Terkini

Ceti haram tersalah sasaran ditahan polis

Tindakan ceti haram atau along memecahkan cermin kereta dan meninggalkan nota ugutan mahu membakar rumah di Taman Seri Keramat Ulu Kelang, di sini, mengundang padah apabila ditahan polis, Khamis lepas.

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tindakan ceti haram atau along memecahkan cermin kereta dan meninggalkan nota ugutan mahu membakar rumah di Taman Seri Keramat Ulu Kelang, di sini, mengundang padah apabila ditahan polis, Khamis lepas. 
  • Kejadian itu disedari pemilik kenderaan pada 22 Mei lalu jam 7 pagi ketika berada di rumahnya dan mendapati along terbabit tersalah sasaran kerana individu yang membuat pinjaman adalah jiran mangsa.
  • Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
  • Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, bertindak atas laporan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 41 tahun di Bukit Ampang Utama, di sini.
  • “Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya.

Ampang Jaya: Tindakan ceti haram atau along memecahkan cermin kereta dan meninggalkan nota ugutan mahu membakar rumah di Taman Seri Keramat Ulu Kelang, di sini, mengundang padah apabila ditahan polis, Khamis lepas.

Kejadian itu disedari pemilik kenderaan pada 22 Mei lalu jam 7 pagi ketika berada di rumahnya dan mendapati along terbabit tersalah sasaran kerana individu yang membuat pinjaman adalah jiran mangsa.

Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, bertindak atas laporan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 41 tahun di Bukit Ampang Utama, di sini.

Menurutnya, semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah tidak dikehendaki.

Ujian saringan awal air kencing didapati negatif. Suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya.

Beliau berkata, siasatan turut dijalankan mengikut kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author