Connect with us

Terkini

Jangan pergi ‘along’, MAIWP boleh bantu!

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menawarkan 30 skim bantuan bagi membantu golongan memerlukan, termasuk individu terjebak dengan kumpulan peminjam wang ‘along’.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya.
  • MAIWP tawarkan 30 skim bantuan bagi membantu golongan memerlukan termasuk individu yang terjebak dengan kumpulan peminjam wang ‘along’.
  • Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya meminta kelompok memerlukan itu datang memohon bantuan dari agensi itu dan bukannya membuat pinjaman kepada along.
  • Pinjaman along hanya akan menyebabkan kelompok itu melalui fasa menyusahkan di mana ‘kaki terasa terikat’ dan boleh mengancam nyawa.
  • Bantuan dihulurkan hanya kepada mereka yang berhutang kerana terdesak dan untuk meneruskan kehidupan, bukan kelompok meminjam along untuk hidup mewah.
  • Mengulas dakwaan prosedur memohon bantuan di MAIWP dikatakan sukar dan menyusahkan, Nizam menyifatkan itu hanya persepsi masyarakat.
  • “Jadi bila dia tak dapat membuktikan itu (ada pinjam along sebab terdesak) dia menganggap zakat menyusahkan sedangkan kami terikat dengan prosedur kita ada SOP akan diaudit oleh audit dalam dan audit negara,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menawarkan 30 skim bantuan bagi membantu golongan memerlukan, termasuk individu terjebak dengan kumpulan peminjam wang ‘along’.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya meminta kelompok memerlukan itu datang memohon bantuan daripada agensi itu dan bukannya membuat pinjaman kepada along.

Beliau berkata pinjaman along hanya akan menyebabkan kelompok itu melalui fasa menyusahkan di mana ‘kaki terasa terikat’ dan boleh mengancam nyawa.

Bagaimanapun, katanya, bantuan dihulurkan hanya kepada mereka yang berhutang kerana terdesak dan untuk meneruskan kehidupan, bukan kelompok meminjam along untuk hidup mewah.

“Kita ada bantu juga beberapa peminjam along ini semasa saya menjadi pengurus Baitulmal apabila dia boleh buktikan dia terpaksa pinjam along sebab desakan hidup dan terima ugutan bunuh kalau tidak bayar hutang tersebut.

“Kami terus bayar, kami terus tolong bantu ringankan beban dia itu untuk bayarkan hutang along itu supaya dia boleh keluar dari dibelenggu hutang pihak along,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas saranan aktivis masyarakat, Yusuf Azmi yang meminta pihak zakat dan Baitulmal di Malaysia membantu menangani masalah umat Islam yang terjebak dengan ‘along’.

Isnin lalu, berlaku insiden membabitkan lima kenderaan penduduk di Taman Sri Keramat Tengah dirosakkan dan menerima surat ugutan daripada individu disyaki along.

Insiden itu didakwa berlaku berikutan salah seorang di kejiranan tersebut gagal membayar hutang kepada kumpulan terbabit.

Mengulas dakwaan prosedur memohon bantuan di MAIWP yang dikatakan sukar dan menyusahkan, Nizam menyifatkan itu hanya persepsi masyarakat.

Katanya, sebagai pemegang amanah wang zakat, MAIWP sebetulnya memerlukan sedikit ‘birokrasi’ supaya mereka dapat memastikan duit bantuan atau zakat dihulurkan benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan.

Situasi itu juga menyebabkan MAIWP menjadi lebih berhati-hati sebelum meluluskan permohonan dibuat.

“Kalau dia ada buat pinjaman along, kita nak buktilah dia memang ada pinjaman itu. Berapa dia buat? Tapi itu pun dia tak boleh beri kepada kita. 

“Jadi bagaimana kita nak buktikan bahawa dia itu memang sedang meminjam along, dihimpit dan didera oleh along. Apa buktinya? 

“Jadi bila dia tak dapat membuktikan itu dia menganggap bahawa zakat menyusahkan sedangkan kami terikat dengan prosedur kita ada SOP akan diaudit oleh audit dalam dan audit negara,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending