Connect with us

Antarabangsa

‘Wanita trans’ rogol wanita ditempatkan di penjara lelaki

Wanita transgender yang disabitkan bersalah kerana merogol dan melakukan serangan seksual terhadap rakannya, dihantar menjalani hukuman di penjara lelaki.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

'Wanita trans' rogol wanita ditempatkan di penjara lelaki
Foto: Lexi-Rose Crawford.
  • Wanita transgender disabitkan bersalah kerana merogol dan melakukan serangan seksual terhadap rakannya, dihantar menjalani hukuman di penjara lelaki.
  • Lexi-Rose Crawford, 24, dipenjara sembilan tahun atas satu pertuduhan merogol dan satu serangan seksual pada April 2019.
  • Crawford melakukan kesalahan itu selepas dibebaskan daripada hukuman penjara empat tahun atas dua pertuduhan berhubung aktiviti seksual dengan seorang kanak-kanak pada 2017.
  • Perbicaraan kes berkenaan dijalankan di Mahkamah Mahkota Bristol, semalam.
  • Difahamkan, Crawford dihantar ke penjara lelaki berikutan hukumannya selaras dengan dasar kerajaan yang berkuat kuasa pada Februari lalu.

London: Wanita transgender yang disabitkan bersalah kerana merogol dan melakukan serangan seksual terhadap rakannya, dihantar menjalani hukuman di penjara lelaki.

Lexi-Rose Crawford, 24, dipenjara sembilan tahun atas satu pertuduhan merogol dan satu serangan seksual pada April 2019.

Crawford melakukan kesalahan itu selepas dibebaskan daripada hukuman penjara empat tahun atas dua pertuduhan berhubung aktiviti seksual dengan seorang kanak-kanak pada 2017.

Perbicaraan kes berkenaan dijalankan di Mahkamah Mahkota Bristol, semalam.

Crawford didakwa menghubungi mangsa di Facebook dan pergi ke rumahnya untuk bermain permainan video.

Dia menyerang wanita itu secara seksual yang ketika itu berulang kali memintanya berhenti, namun wanita transgender itu merogolnya.

Crawford mula mengenal pasti dirinya sebagai wanita sebelum 2019. Ketika itu, dia dibebaskan atas kesalahan seks terdahulu terhadap mangsa berbeza.

Crawford menafikan kesalahan terbaharu itu dengan mengatakan dia tidak sedar semasa kejadian.

Hakim Michael Longman menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun kepada Crawford kerana merogol dan enam tahun enam bulan bagi serangan seksual.

“Sama ada anda masih ingat merogol mereka atau tidak, jelas sekali anda tidak mengendahkan kehendak dan bantahan mereka dan meneruskan tanpa mengira kehendak mereka,” kata hakim.

Hakim mengarahkan, perlu ada perintah sekatan yang menghalang Crawford daripada menghubungi mangsa dan defendan mesti menandatangani Daftar Pesalah Seks selama-lamanya.

Sementara itu, peguam Crawford, Charley Pattison berkata, anak guamnya didiagnosis dengan gangguan personaliti emosi yang tidak stabil, autisme dan disforia jantina.

Difahamkan, Crawford dihantar ke penjara lelaki berikutan hukumannya selaras dengan dasar kerajaan yang berkuat kuasa pada Februari lalu.

Panduan itu menyatakan, pesalah wanita transgender tidak akan ditempatkan di penjara wanita, jika mereka mempunyai alat kelamin lelaki atau melakukan kesalahan seksual.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *