Connect with us

Antarabangsa

Tiga warga Palestin maut ditembak rejim Israel

Pasukan keselamatan Israel menembak mati tiga warga Palestin, hari ini, dalam serbuan di Tebing Barat yang diduduki.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tiga warga Palestin maut ditembak rejim Israel
Foto: Seorang petugas perubatan memeriksa lokasi pembunuhan tiga warga Palestin oleh pasukan keselamatan Israel di Nablus.
  • Pasukan keselamatan Israel menembak mati tiga warga Palestin, hari ini, dalam serbuan di Tebing Barat yang diduduki.
  • Rejim Zionis menuduh tiga lelaki terbabit bertanggungjawab atas pembunuhan seorang wanita British-Israel dan dua anak perempuannya pada bulan lalu.
  • Israel dalam satu kenyataan mendakwa, dua daripada lelaki berkenaan adalah pejuang Hamas, manakala seorang lagi pula dituduh membantu mereka.
  • “Mereka dibunuh dalam operasi bersepadu membabitkan tentera, polis dan perkhidmatan keselamatan Shin Bet di Nablus,” menurut kenyataan itu.

NABLUS: Pasukan keselamatan Israel menembak mati tiga warga Palestin, hari ini, dalam serbuan di Tebing Barat yang diduduki.

Rejim Zionis menuduh tiga lelaki terbabit bertanggungjawab atas pembunuhan seorang wanita British-Israel dan dua anak perempuannya pada bulan lalu.

Israel dalam satu kenyataan mendakwa, dua daripada lelaki berkenaan adalah pejuang Hamas, manakala seorang lagi pula dituduh membantu mereka.

“Mereka dibunuh dalam operasi bersepadu membabitkan tentera, polis dan perkhidmatan keselamatan Shin Bet di Nablus,” menurut kenyataan itu.

Pasukan Shin Bet menuduh ketiga-tiganya terbabit dalam pembunuhan Leah, Maia dan Rina Dee melalui serangan ke atas kenderaan dinaiki anak-beranak itu berhampiran Hamra di Lembah Jordan, 7 April lalu.

Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan, tentera rejim Zionis menamakan dua individu didakwa pejuang Hamas berkenaan sebagai Kassan Katnani dan Maed Mitsri, manakala seorang lagi yang ditembak mati adalah Ibrahim Hura.

Pasukan itu mendakwa, tentera menemui dua senapang M-16 dan satu AK-47 dari unit pangsapuri di mana lelaki terbabit bersembunyi.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan tiga individu dibunuh dalam serbuan pagi tadi di Kota Lama, Nablus.

“Dua daripada mereka sukar dikenal pasti akibat kesan tembakan yang begitu teruk,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Hamas dalam satu kenyataan pula menyifatkan tindakan rejim Zionis ke atas tiga warga Palestin itu sebagai ‘pembunuhan wira kumpulan pejuang di Nablus.’

Seorang koresponden AFP melaporkan terdengar bunyi tembakan di Kota Lama kira-kira jam 7 pagi tadi ketika berpuluh-puluh kenderaan tentera Israel memasuki kawasan itu dari pelbagai arah.

Serbuan pasukan rejim itu menyusul beberapa hari selepas keganasan meletus di sepanjang sempadan Gaza berikutan kematian seorang warga Palestin yang melancarkan mogok lapar ketika berada dalam tahanan Israel, kelmarin.

Pejuang Palestin melancarkan lebih 100 roket dari Gaza sebagai tindak balas atas kematian Khader Adnan, 45, iaitu seorang tokoh dalam kumpulan Jihad Islam di Tebing Barat yang diduduki.

Khader meninggal dunia di dalam penjara susulan mogok lapar hingga 87 hari. – AFP

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *